Friday, 11 October 2013

HON MEWAH SI KAYA YANG MISKIN


Kereta mewah yang diletakkan di hadapan rumah , jarang sekali berada di situ sepanjang hari. Pemandunya sering berbeza. Adakalanya hanya pemandu dan kerap kelihatan dua tiga orang menaiki kereta mewah pelbagai jenama.

Orang kenal dan orang tahu siapa pemilik kereta mewah itu. Rumah beliau sederhana besar, tetapi masih mudah dicam orang. Itu adalah salah satu rumah milik orang kaya di sana. Kereta beliau bukan sebuah, ada beberapa buah lagi. Di hitung jumlah setiap satu sudah mampu membeli beberapa buah rumah lagi.

Tetapi hairan, beliau hanya membeli sebuah, selebihnya dihadiakan orang. Begitu sekali beliau disanjung orang.

“Siapakah dia?” bertanya orang yang tidak mengenali beliau.

“Bagaimana beliau menjadi begitu kaya?” soal orang yang mahu kenal harta beliau terlebih dahulu sebelum orangnya.

“Sudah berkhawin ataupun belum?” Tanya ibu yang mencari jodoh selesa untuk anak gadisnya.

Sudah ada yang kenal orang itu. Beliau terkenal bukan kerana harta ataupun perniagaan yang diusahakan, tetapi zuhud bisnes yang diamalkan. Kerana falsafah harta menjaga tuan lebih kuat berbanding tuan menjaga harta.

Soal saya kepada orang yang bercerita perihal orang itu, “Bagaimana beliau menerapkan zuhud bisnes dalam kehidupan?”

Orang yang bercerita terus membongkar kisah. Seolah-olah bangga dapat menceritakan kehebatan pemilik kemewahan yang percaya pada zuhud bisnes.

“Beliau percaya hidup untuk Tuhan. Mengapa perlukan kesombongan dunia bagi mengumpul yang terbaik untuk berkerja bersama-samanya? Para pekerja sudah dididik hati supaya melihat kemewahan itu satu hidangan yang mereka kongsi. Tidak ada kekenyangan dengan kemewahan. Mereka ambil apa yang patut sahaja,” ceritanya panjang lebar.

Katanya deretan kereta mewah itu digunakan silih berganti antara pekerja dan majikan. Sudah seperti kereta perniagaan meskipun ia adalah kereta hadiah peribadi.

Melihat keeta mewah yang tidak duduk lama di perkarangan rumah sudah menjadi situasi biasa yang dilihat oleh jiran yang duduk sebelah. Paling lama kereta mewahnya berada di situ selama setengah jam.

Soal saya “Mengapa begitu?”

Jawab orang bercerita “Sememangnya begitu. Para pekerja beliau menggunakan kereta mewah apabila ada tujuan khusus. Ada yang menggunakan bagi tujuan bertemu pelanggan, ada yang bertujuan menggunakan bagi mewakili perniagaan, dan ada yang digunakan bagi tujuan dakwah.”

Pemdek kata kereta-kereta itu digunakan semaksimum mungkin. Ia menjadi wajah kepada organisasi dan pekerja. Dibawa oleh pemandu bersama-sama persepsi khalayak. Percaya ada kehebatan disebalik kereta mewah itu.

“Beliau mengamalkan zuhud bisnes,” kata orang itu.

Tanya saya sekali lagi, “Bukankah zuhud bisnes itu membuang keperluan dunia dan menjadi abid kepada Tuhan semata-mata?” soal saya sengaja memprovokasi.

Ketawa besar dia, lalu membalas kembali “Zuhud bisnes yang diamalkan beliau adalah memaksimumkan kelebihan yang ada dengan memberi  yang lain peluang sama-sama mengunakan. Lihaat pada kesan formula zuhud bisnesnya.”

Pemilik itu sudah seperti tidak kisah dengan kereta mewahnya.

Para pekerjanya pula bersungguh-sungguh menjaga amanah menggunakan kenderaan itu. Mereka memenuhi kepercayaan yang diberi dengan mengendalikan berhati-hati.

Tambahan lagi, pasti tidak senang duduk apabila mahu menggunakan kereta mewah itu untuk tujuan peribadi, kelak mata para pekerja lain melihat. Ia menjadikan mereka dibawah radar.

Manusia yang hidup dibawah radar Tuhan, kemewahan tidak menjadikan beliau kedekut malah mendekatkan diri dengan manusia lain. Kemurahan yang diberi beralih tangan. Kesetian pekerja makin mendekat. Sungguh-sungguh jadi tabiat kekal.

Pin !!

Bunyi hon dari belakang. Sebuah kenderaan mewah berada di belakang. Kami menghalang jalan masuk ke rumah pemilik deretan kereta mewah yang percaya pada zuhud bisnes.

Di sebalik cermin kelihatan wajahnya, senyuman manis , dan lambaian kecil.

Kami teruja.

**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**



SENYUMAN ADALAH COP KEKAL DALAM KENANGAN

 Perjalanan pulang dari Pert ke Malaysia pada jam 7.00 pagi manjadikan Hawa tergesa-gesa pada hari itu. Mujur ada bantuan Asma, rakyat Malaysia yang berkerja di sana, yang menghantarnya seawal pagi.

Malam sebelum itu, mereka sibuk mengasingkan daging ayam yang sudah siap diperap ke dalam beberapa buah bekas sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Seminggu lagi akan berlangsung karnival di tengah Bandar Pert. Maka, daging yang diperap ini akan dijadikan sate untuk dijual kepada pengunjung.

Kata Asma, “Menjual 20 ribu cucuk sate dalam seminggu adalah tidak mustahil,”

Sate menjadi perbualan terakhir mereka berdua di rumahnya sebelum Hawa berangkat pulang.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pert, sudah berbaris panjang manusia dengan passport di tangan. Mereka mengambil penerbangan pulang yang sama dengannya. Segera Hawa mengeluarkan passport dan memegang erat. Berada di Negara orang, passport adalah nyawa. Tambahan lagi, kedatangan pertama kalinya di situ disambut dengan soalan demi soalan yang meresahkan daripada pegawai yang menjadi sempadan antara lapangan terbang dan Pert di luar.

Hawa cuba merangsang emosi yang masih belum tetap dalam hati. Sambil menoleh ke arah pintu masuk melihat sama ada Asma masih ada di sekitar lapangan terbang atau masih berlegar mencari parkir di luar.

Seorang wanita yang berada di baris hadapan hanya mendiamkan diri apabila seorang tua sedang bercerita dengannya. Baris panjang yang beratur bergerak ke hadapan . mereka bergerak dalam keadaan seolah-olah ular dipalu, mengikut susunan barisan yg di tetapkan di situ.

Wanita di hadapan kini benar-benar berada bertentangan Hawa. Lalu, Hawa memberi senyuman dan anggukan kecil kepada wanita itu. Balasan yang diterima, tubuh yang statik, wajah curiga, garis lurus antara bibirnya. Hawa berasa sejuk subuh bertukar panas hanya kerana respons itu.

Di balai berlepas, mesing-masing menunggu pintu dibuka. Mereka melihat isi beg supaya tidak ada yang tertinggal sebelum menaiki kapal terbang. Hawa membawa beg berisi hadiah teman-teman di Perth dan meletakkan disisi kerusi. Sekali lagi, wanita itu duduk di kerusi yang betul-betul bersebelahan Hawa.

Hawa member senyuman. Balasan yang diterima sama.

Senyuman Hawa tidak hilang, dia sabar menjaga senyuman itu. Lalu dia mendekati wanita itu, betul-betul hamper mulutnya ke telinga wanita itu, lalu dia berkata “Mulakan pagi kamu dengan senyuman.”

Hawa mengangkat begnya dan beralih tempat.

“Patutlah kerusi di situ kosong sejak tadi berbanding kerusi lain. Sarapan mata yang tidak menyenangkan, malah menyakitkan hati,” kata Hawa mengomel seorang diri.

Hawa menutup matanya mengingati senyuman yang di terima pada pagi itu. Kelihatan senyuman perpisahan rakannya, Asma. Muncul senyuman mengalu-alukan si paramugari di pintu masuk kapal terbang. Kemudian senyuman si kecil yang melambai-lambai menunjukkan jari jemarinya yang kecil di kerusi menunggu di hadapan. Satu per satu senyuman yang dingati.

Apa yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan disebalik senyuman. Ia dapat disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung pada rasa hati empunya senyuman itu.

Senyuman adalah cop yang kekal lekat di ingatan penerima kerana kekalnya senyum, maka ia menjadi modul teras dalamperniagaan. Orang mengingati seluru wajah bermula dengan senyuman.

Mengapa senyuman begitu berkesan kepada manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan, dan kemahuan.

Kepentingannya membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, dan Hartly melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka.

Dari sudut kesihatan diri, senyuman merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaraan dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut pada wajah. Senyuman menyumbang kepada kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.

Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimis, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagian disekeliling. Pada masa sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain kepada diri dengan nilai kepercayaan.



**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**

Wednesday, 14 August 2013

SKEMA JAWAPAN SEJARAH KERTAS 3

Pengenalan 

1. Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara (5m)

o        Perasaan cinta akan bangsa dan Negara
o        Gerakan membebaskan tanah air
o        Tidak terhad kepada  pembebasan kuasa politik sahaja
o        Juga pembebasan cengkaman ekonomi
o        Pembebasan kebudayaan asing
                                                                                        (5x1M=5M)
2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (30 m)

1 .Dasar penjajah barat

   o        Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat
   o        Sistem birokrasi barat tidak beri peluang kepada rakyat tempatan 
         dalam pentadbiran moden
   o        Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional
   o        Dasar ekonomi penjajah seperti tanaman paksa dan sistem polo    
          menindas penduduk pribumi
   o        Penjajah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap mereka 
         dalam kelas tersendiri
   o        Penjajah hanya layak bergaul sesama mereka dan elit tempatan
   o        Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran
   o        Penguasaan imigran dalam ekonomi

2. Pengaruh Agama

   o        Dapat menyatukan rakyat tempatan
   o        Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
   o        Penubuhan persatuan Belia Buddha
   o        Golongan agama pencetus nasionalisme
   o        Gerakan Islah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan dunia
         Islam menentang penjajah
   o        Agama Kristian  menyatukan penduduk Filipina menentang penjajah
   o        Penganut Kristian dianggap kelas kedua

3. Karya Kesusasteraan

   o        Media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan   
         akibat penindasan
   o        Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal
   o        Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya  
         Chairil Anuar
   o        Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako

4. Sistem Pendidikan

o        Sikap pilih kasih penjajah
o        Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah
o        Memberikan pendidikan pada peringkat rendah, terhad kepada 
      golongan elit  dan penduduk Bandar
o        Bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat
o        Di Burma ,pendidikan sekular dan mubaligh ancaman kepada 
      sekolah Buddha
o        Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernacular sukar mendapat 
      pekerjaan

5. Kemunculan golongan intelektual

Ø      Berpeluang melanjutkan pelajaran di barat dan Asia barat terdedah 
kepada idea falsafah barat dan Islam
Ø      Mereka sedar penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti 
mentadbir negara mereka sendiri
Ø      Mereka memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah 
air
Ø      Menuntut taraf hidup dibela dan meminta penjajah membebaskan 
Negara

6. Pengaruh Media massa

Ø      Akhbar dan majalah menyebarkan idea nasionalis dan menanam 
perasaan anti penjajah
Ø      Di Vietnam. akhbar Tribune Indigene dan Cloche Felee
Ø      Di Tanah Melayu, AlIkhwan, Saudara dan Warta Malaya

7. Sistem Pengangkutan dan perhubungan

Ø      Kewujudan telefon dan telegraf memudahkan hubungan nasionalis
Ø      Pembinaan jalanraya dan keretapi menghubungkan kawasan yang 
terpisah
Ø      Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang 
idea nasionalisme

8. Pengaruh luar

Ø      Kejayaan Jepun menewaskan China 1895 dan Rusia 1905
Ø      Membuktikan Negara kecil dapat menewaskan Negara besar
Ø      Perjuangan Mahatma Ghandi India
Ø      Memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara
                                   ( 50x 1markah = mak 30 markah)

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand (15m)

Perkembangan Nasionalisme di Filipina 
                                                                                      
Tahap 1

o        Merupakan gerakan dakyah
o        Dipimpin oleh Jose Rizal
o        Disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan barat
o        Menuntut Filipina dijadikan wilayah sepanyol
o        Bangsa Filipina diberikan hak yang sama
o        Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
o        Penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal
o        Tujuan mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, 
ekonomi dan social
o        Sepanyol rasa terancam
o        Jose Rizal ditangkap, dibuang negeri ke Dapitan dan dibunuh

Tahap 2

Ø       Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio
Ø       Memulakan penentangan secara radikal
Ø       Matlamat menyatukan bangsa Filipina
Ø       dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Ø       Katipunan menggunakan media cetak sebar fahaman revolusi
Ø       Kalayan akhbar rasmi

Perkembangan Nasionalisme di Thailand 

Tahap 1

Ø       Bersifat anti penjajah
Ø       Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik kerabat 
diraja
Ø       Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
Ø       Perkembangan sistem pendidikan barat
Ø       Pendedahan fahaman liberal , sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
Ø       Kelemahan sistem pentadbiran
Ø       Sikap boros raja
Ø       Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat 1932 oleh Nai Pridi
Panomyong dan Field Marshall Phibul Songgram
Ø       Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932
Ø       Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap 2

Ø       Disebabkan rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi 
oleh kapitalis Barat dan orang Cina
Ø       Phibul Songram meluluskan undang-undang menyekat kebebasan 
dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
Ø       Sekolah Cina dibubarkan
Ø       Akhbar Cina diharamkan
Ø       Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
Ø       Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama 
Buddha
Ø       Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud tanah Bebas
Ø       Bekerjasama dengan Jepun
Ø       Berjaya mendapatkan semula wilayah di Indochina dan di Tanah 
Melayu

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan 
bagi mengukuhkan  kedaulatan Negara (15m)

Ø       Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
Ø       Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
Ø       Menjaga nama baik negara
Ø       Menghargai perjuangan nasionalis silam
Ø       Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
Ø       Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan 
Ø       Dengan memupuk semangat  juang yang kental
Ø       Tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran
Ø       Penerapan jati diri yang tinggi
Ø       Mengekalkan perpaduan antara kaum
Ø       Tidak mengamalkan diskriminasi antara kaum
Ø       Meningkatkan taraf hidup rakyat
Ø       Bertolak ansur dalam politik
( Mana-mana jawapan munasabah ) (15x1=15M)

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh 
negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat (10m)

Ø       Dapat mengekalkan kestabilan politik
Ø       Dapat memacu ekonomi setanding dengan negara maju
Ø       Dapat mengurangkan kemiskinan tegar
Ø       Melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti Tun Dr.Mahathir
Ø       Melahirkan angkasawan negara iaitu Datuk Sheikh Muzafar
Ø       Melahirkan ahli sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong wei dan 
Datuk Nichol David
Ø       Mengeluarkan kereta nasional iaitu Proton Saga, MyV, 
Ø       Dapat membina bangunan  pencakar langit seperti Menara 
Berkembar Petronas, KLIA, Menara kuala Lumpur
Ø       Dari segi telekomunikasi mewujudkan Koridor Raya Multimedia
Ø       Dapat membina Litar Sepang
Ø       Dapat membina Pusat pentadbiran Putra jaya
                                                                                        (10x1=10)

6.  i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam 
mengekalkan kedaulatan negara (5m)

Ø                   Masih wujud pertikaian antara kaum 
Ø                   berlaku rasuah  dalam pentadbiran
Ø                   demonstrasi jalanan mengugat kestabilan negara
Ø                   masih belum berupaya menghapuskan kemiskinan
Ø                   Tidak menghayati Rukun Negara menyebabkan persaan tidak puas 
hati antara kaum
Ø                   Masalah sosial seperti dadah, Mat rempit  dan pembuangan bayi 
Ø                   Terhakisnya jati diri di kalangan generasi muda
Ø                   Gangguan daripada pihak luar yang ingin menanguk di air yang 
keruh
                                   ( 8 x1markah = max 5 markah)          
                                                      
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5m)

Ø     Mewujudkan perpaduan antara kaum
Ø     Mengamalkan sikap bersih cekap dan amanah
Ø     Mengamalkan semangat patriotik/cinta akan negara
Ø     Mempunyai jati diri yang kukuh
Ø     Berpegang teguh kepada ajaran agama
Ø     Saling menghormati kebudayaan kaum lain
Ø     Merancang aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai kaum seperti
Sukan untuk semua dan perkhemahan
Ø    Menjadikan mata pelajaran  sejarah sebagai subjek wajib lulus
                                           ( 8 x1markah = max 5 markah)          

7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat 
nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita (10m)

Ø      Semangat kerjasama antara kaum                                                            
Ø      Sikap toleransi antara kaum
Ø  Semangatkeberanian                                                                                  
Ø      Semangat juang yang kental                                                                    
Ø      Sanggup berkorban demi negara                                                         
Ø      Perlu menguasai ilmu pengetahuan                                                         
Ø      Gigih berusaha                
Ø       Negara kita tanggungjawab kita
Ø       Berwaspada terhadap kuasa luar 
Ø       Menghargai jasa dan pengorbanan pejuang negara
Ø       Patuh kepada undang-undang 
Ø       Kesetiaan yang tidak berbelah bagi 
Ø        Sikap setiakawan  
Ø        Menghayati Prinsip Rukun Negara                                                                              
                                                                                    (10x1=10m)

8. Kesimpulan/rumusan: (5m)

Ø       Oleh itu, sebagai generasi selepas merdeka kita seharusnya 
menghargai perjuangan nasionalis silam.
Ø       Kita sewajarnya berusaha untuk mempertahankan dan 
mengekalkan kedaulatan negara
Ø       serta mengisi kemerdekaan dengan kemajuan untuk mencapai 
matlamat wawasan 2020
Ø       Generasi muda perlu mempunyai jati diri yang tinggi                             
Ø       Tidak mudah dipengaruhi oleh kebudayaan asing untuk 
mengekalkan kedaulatan negara
Ø       Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu menjadi modal insan
kelas pertama bertaraf dunia  bagi memacu ekonomi  negara
Ø       Kita perlu menguasai teknologi terkini dalam mengharungi arus globalisasi                                                                                                 
 Ø       Harapan agar rakyat dapat mengekalkan perpaduan kaum dan meningkatkan pencapaian yang telah dilaksanakan
                                                                            (5x1=5M)