Wednesday, 3 July 2013

cerita ku..

Semua yang berlaku ada hikmahnya...hidup yang aku lalui sekarang tidak lagi sama dengan hidup yang aku lalui dulu.penuh dengan cabaran dan dugaan yang tidak ku duga..adakalanya,,sempat juga aku terfikir, betapa bahagianya hidup dengan keluarga tersayang.tidak ku nafikan ada sedikit juga terselit perbalahan.Tapi itulah kehidupan..kata orang tak manis kalau tak rasa pahitnya..tapi sekarang bila difikirkan kembali menyesal pun tak lagi berguna.Semua sudah pun terjadi.kadang kala, rasa menyesal, sakit hati, marah, sedih.... segalanya yang tak dapat diungkapkan dalam coretan ini..aku sekarang sedang melangkah ke alam yang baru sebagai pelajar UNITAR. terus terang aku katakan, pada mulanya aku melangkah ke sini(UNITAR), terasa beratnya hidup ditambah pula dengan kehilangan ibu tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang kami adik-beradik..sebelumnya, dialah yang menanggumg kami.Menyediakan segala keperluan kami, memberi kami sedikit wang ke sekolah.Begitu juga dengan ayah.Walaupun dengan kerja yang tidak menentu, dia tetap berusaha.Tapi setelah kehilangan ibu tercinta, ayah lah yang menjadi tulang belakang kami.Dia lah kawan,dia lah ibu, dialah ayah,dialah sakit dan dia juga penawar segalanya.Masih lagi ku ingat, pada mula-mula aku melangkah ke unitar. Dia berpesan agar belajar bersungguh-sungguh. dia tak nak saya fikir tentang mahalnya bayaran yuran kolej ayah kata, untuk masa sekarang, ayah tak payalah fikir tentang duit. ayah masih lagi mampu menyara kamu.apa yang penting, kamu habis nanti dapat kerja,dan dapat bantu adik-adik kamu yang lain walaupun setakat kelulusan diploma.katanya.saat itu aku hanya berdiam diri. kalau diikutkan hati memang terasa nak nangis.saat itu juga aku berjanji pada diriku sendiri agar belajar bersungguh-sungguh..2 minggu aku di Unitar,pinjaman ptptn ku belum diluluskan.aku marasa sangat risau.tambahan pula dengan yuran peperiksaan yang sangat mahal..aku tidak memberitahu pada ayah..cuma adik aku yang kedua je yang tahu..sebabnya saya hanya dapat berhubung dengan dia..kemudian adik menelefon ku memberitahu bahawa ayah marah bila saya tak telefon dia..bukan apa,tapi aku segan.Sangat segan...tapi terselit juga sedikit perasaan jahat dalam hatiku.mungkin juga ayah rindu dengan anak pertamanya..hhee..petang itu,selepas solat,aku mendapat 3 miss call dari ayah..aku mendail kembali nombornya. tapi telefonnya tidak dapat dihubungi..kemudian aku mendail nombor rumah.bila saja telefon diangkat aku terus bertanya kepada adik ku untuk bercakap dengan ayah.tapi ayah tak ada...kemudian aku menelefon kembali pada jam 7.17 malam..jawapan yang ku terima sama.ayah belum lagi balik ke rumah.mungkin dia lepak bersama dengan kawan-kawanya.alaaaa....biasa lah, itu lh rutinnya...aku menelefon kembali pada tepat jam 9 malam..ayah belum juga balik...kemudian aku menunggu dan terus menuggu...akhirnya pada jam 9.45 malam ayah pun menelefon ku...aku merasa sangat gembira.itu lh panggilan pertama ku sejak aku di Unitar...

No comments:

Post a Comment