Sekiranya anda sedang membaca blog ini, ingin ku katakana padamu bahawa blog ini didedikasikan kepadamu,,Istimewanya dirimu, Tuhan takdirkan kita bertemu...
CERITA1
TEH PENGARUH, SEMAKIN DITEGUK,SEMAKIN DIINGATI..
Kami sudah berjiran hampir 2 tahun, tetapi jarang berbual lama.Kebetulan, hari tu cuti umum.Saya melihat dia duduk di hadapan rumah seorang diri.Lambaian tangan saya disambut dengan senyuman manis.Dia memanggil saya dengan bahasa tangannya.Itu pertama kali saya ke rumahnya selepas 2 tahun disini.Dia mempelawa saya menikmati segelas air suam yang dihidangkan.Saya yang datang sebagai tetamu di rumahnya pada petang itu berasa kekok dan janggal dengan layanan yang diberikan...Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?,,..Dia dapat melihat kejanggalan yang terpamer jelas pada wajah dan gerak tubuh saya..tapi dia senyum saja."jemputlah minum air tu," pelawanya tanpa mempedulikan respon saya. "mahu air teh ke? saya boleh sediakan.."Dia bertanya sambil melihat saya minum hampir separuh gelas air suam.saya mengangguk.:boleh sahaja"..dibuka pek yang mengandungi 12 uncang teh.Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan.Air panas dicurahkan perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya jelas kelihata.Saya pula, sudah tidak sabar menikmati teh yang dihidangkan.."silakan," dia mempelawa saya minum bersama..Sekali lagi saya berasa aneh dengan sikap jiran ini.Dia mempelawa minum teh, tetapi tidak dimasukkan sesudu gula sebagai pemanis.Mungkin dia menyangka tetamunya menghidap kencing manis..Jiran itu pun bertanya "mahu gula?"....."ya,sesudu pun sudah mencukupi" balasku."aduh,baru terasa enak hidangan ini" kata saya sambil menghirup perlahan-lahan."Sekiranya mahu rasa enak campurkan sedikit susu cair.ia tidak manis,tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan" pelawanya."ya,benar.Itulah resepi di warung-warung kopi" jawab ku.Selesai minum teh,kami kembali bercerita.Walaubagaimanapun kami lama berjiran,tetapi kami jarang bertemu muka.Makin lama makin dilupai sekiranya tidak bertegur sapa."Bagaimana cara supaya kita sentiasa diingati?" saya bertanya apabila mengenangkan sekiranya dia berpindah dan saya bertemu jiran baru selepas ini.Dia menjawab dengan bertanyakan soalan,"saya pelawa tetamu saya sekadar air suam, kemudian teh tanpa dula.Kemudian saya isikan gula dan sedikit susu cair.Apa perasaan saudari?" Saya menjawab "sudah pasti semakin lama semakin sedap.Mula-mula tawar, kemudian manis sedikit, dan rasa lemak susu cairnya," tangan kanan saya masih memegang cawan yang berisi. "Jiranku,begitulah diri kita diingati," katanya. Dahi saya berkerut,tidak memahami maksudnya."Bagaimana?"......"Ingatan seseorang dating daripada pelbagai sumber.Apabila diadun seimbang semua sumber itu,semakin kuat,matang, dan semakin mendalam ingatan itu.Ia tidak berdiri sendiri tanpa unsur-unsur lain yang melngkapi.Ingatan kita kepada seseorang yang kosong isinya, rasanya samalah dengan air suam tadi.Ingatan yang matang dan mantap isinya, samalah dengan secawan teh yang lengkap segala macam isinya," jawabnya panjang lebar.Saya bertanya dalam jenaka,"dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh ingatan?," Kemudian dia mengeluarkan sekeping kertas dan dilakarkan sebuah imej,sama seperti gelas.Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.Kemudian dia memberi tujuh pesanan penting kepada tetamunya sambil mengetuk mata pen pada lakarannya "ketahui lah saudaraku, ingatan kita kepada seseorang berkembang kerana adanya mana-mana ciri ini" karakter,gerak hati, rangkaian , kebolehan, pengalaman, rekod kejayaan, dan ilmu pengetahuan. Dia bertanya kembli,"masih ingat nama guru saudari di sekolah?" saya pun mengiyakan pertanyaan itu. "Mengapa kamu mengingati namanya sehingga sekarang?" "kerana dia menjadikan saya teruja dengan subjek sejarah yang saya minati.malah, sampai sekarang saya masih mengingati formula mengingati tarikh peristiwa subjek yang mereka ajar" Dia pun senyum"Bukankah kerana pengetahuannya menjadikan dia diingati sehingga sekarang?" soalnya lagi. Saya terdiam."Boleh saya bertanya lagi?" katanya. saya hanya menganguk sambil menghirup secawan teh yang dihidangkan."masih ingat siapa orang pertama yang menjejaki bulan?" "sudah pasti Neil Armmstrong!" jawabku dengan teruja. "kalau begitu, masih ingat kah orang pertama yang menciptakan telefon?" "Alexander Graham Bell"jawabku. "masih ingat siapakah Ibnu Sina?"
"Beliau adalah tokoh perubatan islam, yang dikenali sebagai Avicenna di Eropah. Buku rujukan perubatan beliau,(Al-Qanun Fit-Tibb) menjadi rujukan," "bagaimana kamu mengingati semua ini?"
"sudah pasti dengan kejayaan mereka". Yakin dengan jawapan yang saya berikan.Dia pun mengangguk.Dia pun kembali bersuara "Jiranku,dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Itu baru dua, belum selebihnya.Lihat dan renungkan.Pelajari dan ambil sebagai pelengkap.Muda-mudahan dalam diri berkembang menjadi pemudah cara hidup kita dan orang lain". Sebaris senyuman daripadanya yang menunjukkan keyakinan yang saya dapat melakukannya.Belum lama senyuman itu di bibirnya, cepat-cepat dia menyambung,"Ingatan itu tanda kita juga berpengaruh".
CERITA 2
SELANGKAH TERSILAP, MARA KE HADAPAN BERJASA
Dalam buku 30 strategi Membina Pengaruh ,ada di ceritakan bagaimana Abraham Lincoln mengubah persepsi orang lain berkenaan dirinya. Beliau membuat orang lain mengabaikan kesilapannya dan hanya mengingati kebaikannya. Cerita itu bermula dengan kisah Kolonel Scott, seorang komander pasukan tentera dalam Perang Saudara di Amerika. Pada suatu pagi, kapal yang dinaiki oleh isteri Scott terlibat dalam kemalangan. Isteri beliau mati lemas dalam kejadian itu. Scott membuat permohonan bagi bercuti supaya beliau dapat menghadiri pengkebumian isterinya dan melihat keadaan anak-anaknya. Situasi pada masa itu yang masih dalam peperangan menyebabkan permohonan Scott ditolak. Pertempuran yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja membuatkan kehadiran setiap pegawai diperlukan. Namun Scott yang baru kehilangan isterinya berasa beliau berhak mendapat cuti uang dimohonnya. Beliau kemudianya membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi. Rayuan beliau sampai kepada setiusaha peperangan iaitu Edward Stanton. Malangnya, Stanton juga menolak permohonan beliau atas alasan yang sama. Akhirnya, Stanton menemui Presiden Abraham Lincoln begi membuat rayuan sekali lagi. Scott adalah pelawat terakhir yang dibenarkan bertemu dengan Lincoln pada hari itu. Pada masa itu hari sudah malam. Scott lantas menceritakan masalahnya kepada Lincoln. Namun, secara tiba-tiba Lincoln naik angin lalu meluahkan perasaan beliau, "Adakah saya tidak perlu berehat? Apakah langsung tiada masa ataupun tempat yang mana saya dapat mengelakkan diri daripada permintaan demi permintaan yang tidak putus-putus? Mengapa kamu datang berjumpa saya kerana hal seperti ini? Mengapa kamu tidak pergi ke Jabatan Peperangan yang menguruskan hal-hal ini?" Scott yang terkejut dengan reaksi Lincoln yang diluar dugaannya kemudian menerangkan permohonannya ditolak oleh Stanton. Lincoln menyambung lagi kata-katanya, " Tidak sepatutnya saya menolak peraturan-peraturan dan keputusan-keputusan beliau. Ia mungkin menyebabkan malapetaka kepada gerakkan-gerakkan yang penting. Selain itu, kamu sepatutnya ingat, saya juga mempunyai tugas lain yang patut dilaksanakan. Mengapa kamu datang meminta belas kasihan daripada saya?" "Tidakkah kamu tahu kita sedang berperang? kesengsaraan dan kematian menekan kita semua. Kerja-kerja kemanusiaan yang kita lakukan dengan gembira pada masa aman kini semuanya dilanyak oleh peperangan. Tiada ruang langsung bagi semua itu. Hanya satu tugas yang ada sekarang iaitu berjuang!" tegas Lincoln. "Setiap keluarga disini sedang dilanda kesedihan, namun tidak sepatutnya setiap orang dating bertemu saya bagi mendapatkan pertolongan. Pergi ke Jabatan Peperangan. Urusan kamu disana," kata-kata terakhir Lincoln itu membuatkan Kolonel Scott pulang ke bereknya dengan perasaan muram.
Kisah diatas mungkin bertentangan dengan karekter Lincoln yang pernah kita dengar. Beliau seolah-olah langsung tidak mempunyai simpati kepada Scott yang baru kehilangan isterinya. Terdapat beberapa perkara yang dapat menjelaskan sebab Lincoln bertindak sedemikian. Perang yang tiada kesudahan, penderitaan dan kematian yang berlaku setiap hari adalah tanggungjawab berat yang perlu dipikulnya. Tambahan pula, beliau mungkin keletihan pada waktu Scott bertemu dengannya. Namun, Lincoln sedar itu semua tidak patut dijadikan alasan atas layanan kasarnya kepada Scott. Peristiwa pada keesokan harinya membuatkan Kolonel Scott lebih terkejut. Beliau terdengar seseorang mengetuk pintu lalu pergi membukannya. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau melihat Presiden Abraham Lincoln sedang berdiri di hadapannya. Lincoln memegang tangan Scott lalu berkata "semalam saya berlaku zalim tanpa sebarang alasan. Saya begitu letih, namun saya tidak berhak memberi kamu layanan yang kasar. Saya sunggu kesal dengan apa yang terjadi semalam dan kini saya datang untuk memohon maaf dari kamu" katanya. Lincoln turut memaklumkan beliau berbincang dengan Stanton supaya Scott dapat hadir ke majlis pengkebumian isterinya. Lincoln turut menghantar Scott ke kapal dengan menaiki kereta kudanya dan mengucapkan selamat jalan kepadanya. Sikap Lincoln pada hari itu benar-benar berbeza daripa hari sebelumnya. Namun, sikap itulah yang membuatkan Lincoln kekal sebagai salah seorang presiden paling berpengaruh dan diingati dalam sejarah Amerika.
CERITA 3
AYAH KAMI HARIMAU JADIAN
Tidak ada sesiapa gemar duduk di sebelahnya. Wajahnya tidak bengis tetapi perwatakan yang dibawanya cukup berbeza. Sekiranya diceritakan kepada orang, belum tentu orang dapat percaya. Bagaimana seorang lelaki dapat berbeza karekter di dalam dan di luar rumah.
Di rumah dia adalah ayah yang di geruni anak-anak. Di luar rumah dia disenangi oleh rakan-rakan kerana sikap ramahnya.
aneh bukan? Tetapi itulah ayah.
Pernah jiran di sebelah rumah dating menziarahi rumah. Kediamannya adalah rumah pangsa empat tingkat. Mereka menetap hanya sementara waktu. Rumah pangsa itu hanya ada lapan blok.
Apabila pintu rumah dibuka, ada dua pintu rumah lagi saling menghadap. Maksudnya setiap tingkat ada empat keluarga akan mengisi setiap rumah itu. Tidak ada yang bergelar bujang, melainkan yang berkeluarga. Itu adalah peraturan bagi yang menetap di rumah pangsa kakitangan kerajaan.
Pada hari itu, ayah diziarahi jiran disebelah rumah. Jiran selalu berasa hairan dengan keadaan rumah ayah. Jiran pun bertanya pada ayah,
"Dimana anak-anak kamu?"
Jawab ayah "Mereka ada di rumah..tak kemana pun,"
Jiran melihat dari ruang tamu, menjeling ke meja makan keluarga, dan memerhati ke laluan bilik, tidak ada seorang pun anak yang dimaksudkan ayah.
"sunyi sahaja keadaan, tidak ada pun " jawab jiran kembali.
Anak-anak ayah ada di rumah cuma mereka tidak bermain di ruang tamu, duduk menonton, mahupun di dapur sedang mencari makanan bagi mengalas perut pada waktu petang. Semuanya berada di satu tempat iaitu di bilik tidur mereka.
Anak yang sulung selalu merungut " ayah garang. apabila meminta sesuatu pasti mata tajamnya melihat ke arah kita.Sehingga apa yang kita mahu sudah seperti salah bila kita memintanya".
Rungutan anak sulung disokong pula dengan anak kedua " benar kata kamu. Bayangkan, kerana satu mata pelajaran sahaja yang corot dalam ujian, dia akan mencubit hingga mera kulit"
Anak kedua menggosok-gosok bulu yang tumbuh pada pipi dihadapan telinga apabila mengingatkan kembali amarah ayah.
Si bongsu mengingat kembali cubitan dan rotan si ayah apabila gelas yang di bawanya terketuk di dinding yang memisahkan ruang meja makan dan dapur. Gelas itu sumbing dan tidak dapat di gunakan lagi.
Ketiga-tiga adik-beradik ini buntu memikirkan kenapa sikap ayah begitu. Mereka takut setiap satu perkara yang dilakukan mendatangkan amarah ayah lagi. Maka, lebih baik mereka menjauhkan diri. Masing-masing mendiamkan diri sahaja dan tidak berbual dengan ayah.
"Ayah rakan-rakan kita tidak bersikap begitu. Mudah dianggap berbincang senang bergurau senda. Dapat berbual dan ketawa. Berbeza jika dibandingkan dengan ayah kita." kata anak sulung mengeluh mengenangkan ruginya mempunyai ayah seperti sekarang.
Dari tahun ke tahun mereka membesar dalam ketakutan. Takut berbuat kesalahan. Mereka menginjak menjadi dewasa dengan perasaan kepada ayah yang berbeza. Akhir sekali, tidak peduli bertukar menjadi kejauhan yang menjadikan mereka selesa berdikari hidup sendiri.
Anak sulung sudah berkerja dan mendirikan rumah tangga. Manakala dua lagi belum berkhawin. Seminggu sekali anak yang sulung akan pulang ke rumah. Tidak peduli itu tidaklah bermaksud tidak bertanya khabar kepada keluarga. Tidak peduli dalam fikiran tiga beradik adalah kurang bercerita perihal diri mereka kepada ayah di rumah. Melainkan dengan ibu, rancak berbual mesra.
Malam bulan Disember pada satu tahun, tiga beradik masing-masing sudah berusia 30-an menerima berita ayah yang garang sudah tidak garang lagi. Kegarangan ayah hanya akan jadi cerita berbual sesama mereka. Ayah sudah tidak ada lagi.
Malam itu, mereka bersama ibu di beranda rumah. Suasana rumah berlima sudah jadi berempat.
Pada malam itu, ibu berkongsi rasa kepada anak-anaknya."Selepas ini seorang diri sjalah ibu di rumah". Kata-kata yang terungkap bersama air mata yang bergenang.
Anak yang sulung mengosok-gosok belakang tubuh ibu supaya ibunya menjadi tenang. Dia cuba bergurau, "Ayah dahulu orangnya pun sunyi sahaja, kurang bercakap, sama sahaj, buka?". Ibunya menggeleng.
Anak kedua berasa hairan. "Ayah rancak bercakap? Tidak pernah pun kami berbual dengan ayah. Apa yang saya tahu, perkataan paling kerap kami sebut adalah meminta tanda tangan pada kad keputusan peperiksaan."
Si bongsu mengangguk. "Ayah, ini kad laporan ujian. Cikgu mahukan tandatangan penjaga. Ayah, minggu in perlu selesaikan yuran semester, ini senarai pembayaran. Ayah...." satu persatu ayat yang pernah disebut kepada ayah diulang kembali.
Anak sulung memandang ibunya, lama benar dia mahu bertanya, "Mengapa ayah begitu garang kepada anak-anaknya sendiri? Ayah orang lain kelihatan begitu mesra dengan anak-anak".
Ibu mendiamkan diri, menolak ke tepi naskha akbar dan gelas kosong diatas meja. Anak-anak yang lain membiarkan ibu menarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan.
Kata ibu "Kerana sayang, ayah jadi begitu kepada kamu semua"
"Bukankah kasih sayang itu berlembut dengan anak-anak?" anak kedua pula bersuara.
Ibu sudah semaki tenang dan melihat anak-anaknya, "Pernahkah kamu semua melihat kerinduan yang tidak pernah reda apabila kematian tiba?"
Tiga beradik melihat sesama sendiri. Mencari jawapan melalui renungan sesama mereka. Hampir tidak ada sehinggalah salah seorang bersuara.
"Saya teringat ada seorang rakan di sekolah yang menjadi aneh selepas ayanhnya disahkan meninggal dunia selepas menghidap barah pankreas. Dia adalah ketua kelas yang sangat ramah. Setiap pagi ayahnya akan menghantarnya betul-betul di depan pintu pagar sekolah. Apaabila pulang dari sekolah ayahnya suka menggosok-gosok kepalanya dan mencium dahinya. Saya sangat cemburu," si bongsu mengeluarkan kembali ceritanya.
Ibu menyambung kata, dia memandang anak bongsu, "Ayah rakan kamu itu mempamerkan kasih sayang dengan caranya dan ayah kamu pun mempamerkan kasih sayangdengan caranya"
"Maksudnya?" anak sulung sudah teruja mencari jawapan.
"Seawal perkhawinan, ketika kamu yang sulung berusia tiga tahun, ayah menemani kamu bermain. Ayah kemudian berkata kepada ibu, betapa dia bimbang pergi dalam keadaan anak-anak yang meronta-ronta sedih kerana kasih sayang yang menjadikan rasa tidak rela mengikat hati anak-anaknya," jawab ibu.
"Sehinggalah kamu berusia tujuh tahun, ayah mula bersikap tegas sehingga tersembunyi kasih sayangnya kepada kamu. Sedangkan sebelum itu, dia masih menjadi rakan permaianan kamu," sambung ibu.
"Ayah berbuat begitu supaya kita tidak terlalu meratapi pemergian. Harapan ayah apabila dia tegas, anak-anaknya menjadi biasa dengan pemergian yang sunyi kelak kerana itulah bayangan yang mahu diberi ketika dia ada," kata anak sulung.
Tiga beradik melihat kerusi malas yang mengikat pandangan ibu. Di sudut itu, kerusi tidak bergerak seperti dahulu, bayangan ayah seakan jelas muncul disitu. Kegarangan ayah adalah tinggalan kasih sayang kepada mereka. Hanya apabila difahami, barulah sikap itu memberi erti kepada mereka.
**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**
No comments:
Post a Comment