hari ni saya akan post satu kenangan yang sya tidak akan lupakan dalam hidup. sebenarnya saya baru sahaja joint aktiviti sukarelawan ni atau dalam bahasa orang putih volenteer. banyak kenangan manis yg sangat bermakna dalam hidup ini jika kita nikmatinya dengan cara yang betul..sebenarnya saya hanya mengikut kawan-kawan joint benda ni.. first time untuk aktiviti sukarelawan ni adalah kami di suruh mengiringi orang tua-tua dari rumah orang tua-tua Pitchard Kimanis Papar sabah untuk ke festival bagandang yang setiap tahun diadakan di Boufort Sabah. first time masuk di rumah orang tua-tua Pitchard tu, rasa satu perasaan yang sangat sukar diungkapkan.. saya kongsikan kepada anda semua..beberapa keping gambar sepanjang aktiviti itu dijalankan..
Saturday, 30 November 2013
Tuesday, 12 November 2013
DIA MEMBAHAGIAKAN HARI SAYA
Sekiranya kehidupan adalah sebuah perjalanan, bermakna semasa
berusia 13 tahun, saya sudah pun berputus asa dengan kehidupan. Pada luaranya,
kehidupan saya kelihatan sempurna. Seorang gadis yang berbakat, atletik, dan
tertib. Saya adalah gadis yang diharapkan oleh guru-guru dan dijemput betandang
ke rumah oleh ibu bapa gadis lain. Saya berbaik-baik dengan pelajar baru dan
membersihkan bilik rakan-rakan selepas bermalam di rumah mereka . saya tidak
pernah bergosip dan sudah banyak kali memenangi anugerah “pelajar bulan ini”.
Tetapi saya dihantui oleh emosi yang bercelaru. Saya menyimpan
rahsia daripada dunia luar, rahsia yang jarang saya luahkan . saya seorang yang
bijak, berhati-hati, dan tidak akan pernah membuka pekung di dada. Tetapi,
perilaku saya yang sempurna ini akhirnya membuatkan saya semakin sengsara.
Depresi sukar untuk dijelaskan pada seseorang yang tidak biasa dengannya. Ia
wujud dalam pelbagai cara, contohnya kemarahan, emosi yang terasing, keletihan
dan kehilangan minat.ataupun ia mungkin sekadar kekecewaan , yakni perasaan
kegagalan yang tidak dapat dijelaskan. Secara ringkasnya, apabila kita hilang
kekuatan bagi meneruskan kehidupan.
Itulah yang berlaku kepada saya sewaktu berumur 13 tahun. Putus
harapan. Saya ada berjumpa dengan pakar terapi selepas ibu saya tidak sanggup
lagi melihat senyuman palsu di muka saya. Nasihat pakar terapi yang bernama Kim
itu masuk akal bagi saya. Malah beliau turut mempunyai pengalaman yang
bartahun-tahun dalam bidang itu. Namun begitu, sesuatu yang penting dalam
kehidupan saya masih hilang. Saya tidak mampu meneruskan kehidupan.
Pada suatu hari yang muram dalam bulan januari, saya bersandar
dengan kuat pada lokar sekolah ketika
lonceng waktu rehat makan tengah hari berbunyi. Saya menerima tugasan kerja
rumah darpada Kim pada hari sebelumnya bagi menulis senarai sahabat baik saya
dan sebab saya menyukai mereka. Masalah saya adalah saya tidak mempunyai
sebarang nama bagi di tulis di dalam
senarai itu. Saya mempunyai
rakan-rakan tetapi pada masa itu saya tidak mengambil berat tentang sesiapa
termasuklah diri saya sendiri.
Saya menghempas pintu lokar dan bertembung dengan sekumpulan
pelajar gred 7 yang berpusu-pusu keluar untuk makan tengah hari. Saya
membayangkan wajah setiap seorang daripada mereka didalam kepala dan
tertanya-tanya siapa yang mungkin boleh ditulis dalam senarai itu. Begitu
banyak wajah yang berbeza berganti dalam minda saya. Saya mengeluh. Nampaknya
secara rasminya saya akan gagal menyiapkan tugasan terapi ini.
“Hai,” kedengaran suara kecil dari arah kanan saya. Saya memandang
ke bawah dan terpandang Nur, gadis genit dalam gred saya. Nur rendah orangnya
dan lembut percakapannya. Dia sentiasa bercakap perkara yang baik tentang semua
orang. Matanya yang bulat menampilkan jiwanya tulus dan membuatkan dia disukai
oleh ramai orang. Saya sememangnya suka personality Nur, tetapi tidak pernah
mengenalinya dengan lebih dalam. Meski pun begitu, memandang senyumannya yang
lembut, sudah cukup menaikkan sedilit semangat saya.
“Hai Nur, apa khabar ?,” saya menegurnya.
“Baik sekali. Nampaknya kamu baru potong rambut.”
Jari-jemari saya meramas-ramas rambut saya yang pendek .
sejujurnya saya berasa gembira kerana dia perasan tentang saya.
“Ya,” saya berbisik.
“Kamu kelihatan sangat
cantik !” Nur berteriak. “Kamu kelihatan hebat !” mata saya berkelip.
“Benarkah?”
“Sudah tentu.”
“Nur !” kedengaran suara memanggilnya dari dalam dewan.
“Saya perlu pergi,” Nur menyambung. “Selamat tinggal”
Dia berlari-lari anak menuju ke dewan.
“Hebat,” saya berbisik
sendiri. “Saya kelihatan hebat.”
Memerhatikan Nur berlari-lari menuju ke dewan sekolah, saya
seolah-olah mendapat secebis kesedaran. Saya tidak gembira. Malah, secara
klinikalnya saya mengalami depresi. Setiap hari adalah satu kepayahan yang
perlu ditempuh dan akhirnya saya mungkin tewas. Tetapi melihat seorang individu
yang sangat baik membuatkan saya tersedar. Ia mengingatkan saya walaupun dalam
waktu yang singkat tentang kebahagian dalam dunia ini. Ia memberikan saya
harapan.
“Nur !,” saya menjerit
memanggil namanya.
Kebahagian lambat singgah dalam kehidupan saya dan cepat pula
menghilang. Kehidupan adalah sebuah perjalanan, tetapi usaha mencari sesuatu
yang berharga yang dipanggil kebahagian lebih daripada sekadar perjalanan. Ia
adalah cabaran yang mampu ditawan oleh
sesetengah oarng seperti Nur. Sama seperti namanya yang bermaksud
cahaya, dia menghilangkan kegelapan dalam dunia saya. Sebaik sahaja saya
membuka mulut, saya menyambut ‘cahaya’ yang ditawarkan tanpa sedar oleh Nur.
“Nur !” saya memanggilnya sekali lagi.
Kawan baru saya itu berpaling. Banyak yang mahu saya katakan
padanya. Terima kasih. Kamu lebih cantik daripada saya, dalaman dan luaran.
Semoga tuhan merahmati kamu.
Apa yang saya ucapkan lahir dari lubuk hati saya yang paling
dalam.
“Nur, tunggu saya mahu mengikut kamu.”
**chicken_soup**
**chicken_soup**
KEAJAIBAN SETIAP HARI
Jam 6 pagi. Masih awal , namun saya sudah mengingatkan
senarai tugas harian dalam minda saya. Kedengaran bunyi berderam-derum
menandakan pintu garaj di buka, kemudian ditutup kembali. Bermakna suami saya
sudah keluar pergi berkerja. Saya mengetuk pintu bilik tidur anak lelaki bongsu
saya. Keluhan remaja muncul daripada susuk tubuh yang berbalut dengan selimut.
Di tingkat bawah saya membuka pintu belakang, memetik
suis lampu patio. Kemudian saya mengeluarkan pinggan mangkuk malam tadi
daripada pencuci pinggan mangkuk . tetapi , tunggu. Senyap sunyi di tinggat
atas. “Ibu masih belum dengar bunyi air
pancuran,” jeritku. Bosan dengan suara sendiri, bosan dengan kata-kata yang
saya ulang setiap pagi semenjak anak ini belum lahir lagi. Perkara yang sama,
perkara yang sama.
Kadangkala, terasa seperti saya sudah membangunkan
anak-anak saya ke sekolah seumur hidup ini. Sebenarnya, sudah hampir 22 tahun.
Di sebabkan jarak umur yang jauh antara tiga orang anak lelaki saya, maka saya
masih mempunyai tiga tahun setengah sebelum anak yang bongsu tamat belajar di
sekolah menengah. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dari tingkat atas.
Bagus. Dia sudah bangun. Selepas ini saya perlu
menaburkan garam dilaluan masuk kerumah, memanaskan enjin kereta, dan mengikis
ais daripada cermin hadapan kereta. Saya memeriksa sticky note berwarna kuning yang saya tampal di
serata dapur. Tujuannya bagi mengingatkan otak saya mengenai semua urusan
membosankan yang sepatutnya saya lakukan setiap hari yang membosankan. “Isi
minyak, pergi ke ATM, jangan lupa beli pisang,telur, roti, sesuatu untuk makan
malam?”
Anak lelaki saya dan saya melakonkan babak biasa drama pagi kami.
Saya melakonkan watak jam burung dengan skrip, “Sudah jam 6:25 pagi. Kita Cuma
ada lima minit lagi.” Sementara, anak lelaki saya bergerak dalam gerakkan
perlahan dengan skrip, “Saya dating.” Entah bagaimana, menjelang jam 6:32 pagi,
kami sudah berada di dalam MPV. Saya mengundurkan MPV ke laluan masuk. Lampu
hadapan memancarkan cahaya dalam kabus yang kelam. Saya meneruskan pejalanan
untuk menjemput jiran kami yang menumpang kereta kami.
Tetapi, pagi ini ada sesuatu yang berlainan.
Ia berlaku selepas tiga suku perjalanan ke rumah dimana jiran itu
berjumpa. Kabus terapung-apung diatas timbunan salji. Tiba-tiba saya tidak
mengecam tanda jalan. Adakah pusat beli belah itu memang ada di situ? Saya
sesat.
“Bangun, ibu. Ibu sudah terlepas lencongan itu.”
“Betulkah?”
“Saya tidak percaya ibu akan membuatkan saya lewat.”
“Tunggu sekejap,” saya memerhati sekeliling, panik, dan cuba
menentukan arah saya. Semuanya kelihatan salah. Saya benar-benar sesat.
Anak saya mendekatkan tubuhnya dan menunjukkan jalan. “Belok di
sini ibu. Sekarang, sana. Nampak ? kita sudah sampai.”
Saya berhenti di rumah itu, berasa lega kerana tiba hampir-hampir
tepat pada masanya.
“Maafkan ibu,” kata ku kepada anak lelaki saya.
“Ibu mesti memberikan perhatian,” lagaknya memarahi saya seperti
orang dewasa.
Saya memandu pulang ke rumah dalam kabus. Saya memberhentikan
kereta di laluan masuk. Di dalam rumah terdapat sebuah komputer dan didnding
yang di penuhi sticky note menunggu saya. Tetapi say duduk dan mendiamkan diri.
Saya terus memandang pada kerak salji kotor yang sudah membatu di atas batas
bunga. Selepas bertahun-tahun otak saya sudah bertukar menjadi lembik.
Tetapi ini lain. Anak lelaki say betul. Saya separuh terlelap.
Seperti robot, saya melakukan pergerakkan yang saya lalui setiap hari selama
bertahun-tahun dan saya langsung tidak perasan di mana saya berada.
Saya pernah berjanji pada diri sendiri tidak akan melakukan
perkara sebegini. Janji itu saya sematkan dalam hati pada suatu hari pada musim
bunga 26 tahun lalu. Waktu itu saya hamil anak sulung dan kandungan saya
berusia lapan bulan. Saya melutut di atas tanah sambil menanam pokok bunga pansy. Pipi saya dibasahi peluh, udara yang
segar, dan kemungkinan kehidupan. Seorang rakan sedang lalu dan melihat saya
bersusah payah mengangkat perut saya yang memboyot untuk berdiri semula. Dia
berteriak “hei , kamu pasti gembira bila sudah bersalin nanti.”
“Oh, tidak,” terpacul secara tiba-tiba dari mulut saya. “Saya
gembira sekarang.” Ketika mengucapkannya, saya sedar ia benar.saya tidak mahu
mempercepatkan masa. Saya mahu bertahan dam menikmatinya seperti gigitan
pencuci mulut yang pertama.
Tatkala musim silih berganti, saya mendengar kata-kata ini dalam
pelbagai suara. “ Saya akan bahagia bila bayi saya tidur sepanjang malam.”
“Saya akan bahagia bila kami berpindah ke rumah baru.”
“Saya berharap musim sejuk sudah tamat.”
“Saya tidak sabar menunggu anak-anak balik dari sekolah.”
“Jangan mengharapkan ia pergi jauh,” saya bebisik kepada diri
sendiri berulang kali. Saya mengajar anak-anak saya pengajaran ini bersama-sama
dengan cerita waktu tidur mereka. Kebahagiaan bukan sesuatu diluar sana. Ia
bukan melebihi halangan seterusnya seperti kisah ‘bahagia selama-lamanya’ dalam
buku cerita. Kebahagiaan ada disini sekarang.
Namun begitu, pagi ini,
sewaktu mahu menjemput jiran kami, saya terlupa. Saya tidak memberikan
perhatian. Saya melakukan perkara yang sama setiap hari sehingga ia sudah
melekat dalam kepala dan tidak bernilai.
Saya mengaggapnya sebagai senarai tugas harian yang perlu diingat di minda
saya.
Saya menggeleng-gelengkan kepala. Saya menentang memori berkenaan
diri saya yang keliru, berpusing-pusing dalam kawasan kejiranan, dan sesat.
Kami Cuma berada lima minit jauhnya dari rumah dalam perjalanan ke tempat yang
kami pergi setiap pagi. Suara anak lelaki saya mterngiang-ngiang dalam fikiran
“ibu akan membuatkan saya lewat.”
Saya akan membuatkan dia lewat ? tiba-tiba seluru situasi menjadi
begitu lucu sehingga saya ketawa berdekah-dekah. Betapa lucu dan tidak masuk
akal apa yang berlaku siang tadi. Saya duduk didalam kereta, mentertawakan diri
sendiri. Sambil ketawa, saya menoleh ke satu sisi. Matahari sedang terbit.
Cahayanya yang hangat membakar kabus dan melumurkan langit dengan cahaya ungu yang lembut. Saya masih duduk di
tempat yang sama, memerhatikan waktu subuh terbongkar. Suatu keajaiban setiap
hari yang mudah sekali saya terlepas menikmatinya.
Apa lagi yang saya hampir-hampir terlepas hari ini ? begitu banyak
perkara yang saya ambil mudah selama ini. Kesihatan, rumah, musim, bunyi suami
saya keluar pergi berkerja, bunyi kaki anak lelaki saya yang melompat disebelah
katilnya, dan sikap merajuk remajanya ketika duduk di kerusi penumpang kereta
saya. Setiap perkara ini sudah berlaku setiap pagi sebelum ini. Tetapi ia tidak
berlarutan selama-lamanya. Malah, esok ia mungkin tidak lagi sama. Tiba-tiba
hati saya sakit dengan kasih sayang dan mendambakan rahmat kehidupan yang sudah
saya miliki. Saya membayangkan sticky note khayalan dan menampalnya di otak,
“Jangan lupa, kebahagiaan ada disini dan sekarang.” Dengan perubahan ringkas
itu saya mendakap keajaiban kehidupan
setiap hari yang terbongkar di sekeliling saya . apa yang perlu saya lakukan
adalah berhenti dan menyedari.
**chicken_soup**
**chicken_soup**
Subscribe to:
Posts (Atom)