Tuesday, 12 November 2013

KEAJAIBAN SETIAP HARI



Jam 6 pagi. Masih awal , namun saya sudah mengingatkan senarai tugas harian dalam minda saya. Kedengaran bunyi berderam-derum menandakan pintu garaj di buka, kemudian ditutup kembali. Bermakna suami saya sudah keluar pergi berkerja. Saya mengetuk pintu bilik tidur anak lelaki bongsu saya. Keluhan remaja muncul daripada susuk tubuh yang berbalut dengan selimut.

Di tingkat bawah saya membuka pintu belakang, memetik suis lampu patio. Kemudian saya mengeluarkan pinggan mangkuk malam tadi daripada pencuci pinggan mangkuk . tetapi , tunggu. Senyap sunyi di tinggat atas.  “Ibu masih belum dengar bunyi air pancuran,” jeritku. Bosan dengan suara sendiri, bosan dengan kata-kata yang saya ulang setiap pagi semenjak anak ini belum lahir lagi. Perkara yang sama, perkara yang sama.

Kadangkala, terasa seperti saya sudah membangunkan anak-anak saya ke sekolah seumur hidup ini. Sebenarnya, sudah hampir 22 tahun. Di sebabkan jarak umur yang jauh antara tiga orang anak lelaki saya, maka saya masih mempunyai tiga tahun setengah sebelum anak yang bongsu tamat belajar di sekolah menengah. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dari tingkat atas.

Bagus. Dia sudah bangun. Selepas ini saya perlu menaburkan garam dilaluan masuk kerumah, memanaskan enjin kereta, dan mengikis ais daripada cermin hadapan kereta. Saya memeriksa sticky note berwarna kuning yang saya tampal di serata dapur. Tujuannya bagi mengingatkan otak saya mengenai semua urusan membosankan yang sepatutnya saya lakukan setiap hari yang membosankan. “Isi minyak, pergi ke ATM, jangan lupa beli pisang,telur, roti, sesuatu untuk makan malam?”

Anak lelaki saya dan saya melakonkan babak biasa drama pagi kami. Saya melakonkan watak jam burung dengan skrip, “Sudah jam 6:25 pagi. Kita Cuma ada lima minit lagi.” Sementara, anak lelaki saya bergerak dalam gerakkan perlahan dengan skrip, “Saya dating.” Entah bagaimana, menjelang jam 6:32 pagi, kami sudah berada di dalam MPV. Saya mengundurkan MPV ke laluan masuk. Lampu hadapan memancarkan cahaya dalam kabus yang kelam. Saya meneruskan pejalanan untuk menjemput jiran kami yang menumpang kereta kami.

Tetapi, pagi ini ada sesuatu yang berlainan.

Ia berlaku selepas tiga suku perjalanan ke rumah dimana jiran itu berjumpa. Kabus terapung-apung diatas timbunan salji. Tiba-tiba saya tidak mengecam tanda jalan. Adakah pusat beli belah itu memang ada di situ? Saya sesat.

“Bangun, ibu. Ibu sudah terlepas lencongan itu.”

“Betulkah?”

“Saya tidak percaya ibu akan membuatkan saya lewat.”

“Tunggu sekejap,” saya memerhati sekeliling, panik, dan cuba menentukan arah saya. Semuanya kelihatan salah. Saya benar-benar sesat.

Anak saya mendekatkan tubuhnya dan menunjukkan jalan. “Belok di sini ibu. Sekarang, sana. Nampak ? kita sudah sampai.”

Saya berhenti di rumah itu, berasa lega kerana tiba hampir-hampir tepat pada masanya.

“Maafkan ibu,” kata ku kepada anak lelaki saya.

“Ibu mesti memberikan perhatian,” lagaknya memarahi saya seperti orang dewasa.

Saya memandu pulang ke rumah dalam kabus. Saya memberhentikan kereta di laluan masuk. Di dalam rumah terdapat sebuah komputer dan didnding yang di penuhi sticky note menunggu saya. Tetapi say duduk dan mendiamkan diri. Saya terus memandang pada kerak salji kotor yang sudah membatu di atas batas bunga. Selepas bertahun-tahun otak saya sudah bertukar menjadi lembik.

Tetapi ini lain. Anak lelaki say betul. Saya separuh terlelap. Seperti robot, saya melakukan pergerakkan yang saya lalui setiap hari selama bertahun-tahun dan saya langsung tidak perasan di mana saya berada.
Saya pernah berjanji pada diri sendiri tidak akan melakukan perkara sebegini. Janji itu saya sematkan dalam hati pada suatu hari pada musim bunga 26 tahun lalu. Waktu itu saya hamil anak sulung dan kandungan saya berusia lapan bulan. Saya melutut di atas tanah sambil menanam pokok bunga pansy. Pipi saya dibasahi peluh, udara yang segar, dan kemungkinan kehidupan. Seorang rakan sedang lalu dan melihat saya bersusah payah mengangkat perut saya yang memboyot untuk berdiri semula. Dia berteriak “hei , kamu pasti gembira bila sudah bersalin nanti.”

“Oh, tidak,” terpacul secara tiba-tiba dari mulut saya. “Saya gembira sekarang.” Ketika mengucapkannya, saya sedar ia benar.saya tidak mahu mempercepatkan masa. Saya mahu bertahan dam menikmatinya seperti gigitan pencuci mulut yang pertama.

Tatkala musim silih berganti, saya mendengar kata-kata ini dalam pelbagai suara. “ Saya akan bahagia bila bayi saya tidur sepanjang malam.”

“Saya akan bahagia bila kami berpindah ke rumah baru.”

“Saya berharap musim sejuk sudah tamat.”

“Saya tidak sabar menunggu anak-anak balik dari sekolah.”

“Jangan mengharapkan ia pergi jauh,” saya bebisik kepada diri sendiri berulang kali. Saya mengajar anak-anak saya pengajaran ini bersama-sama dengan cerita waktu tidur mereka. Kebahagiaan bukan sesuatu diluar sana. Ia bukan melebihi halangan seterusnya seperti kisah ‘bahagia selama-lamanya’ dalam buku cerita. Kebahagiaan ada disini sekarang.

Namun  begitu, pagi ini, sewaktu mahu menjemput jiran kami, saya terlupa. Saya tidak memberikan perhatian. Saya melakukan perkara yang sama setiap hari sehingga ia sudah melekat dalam kepala dan  tidak bernilai. Saya mengaggapnya sebagai senarai tugas harian yang perlu diingat di minda saya.

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Saya menentang memori berkenaan diri saya yang keliru, berpusing-pusing dalam kawasan kejiranan, dan sesat. Kami Cuma berada lima minit jauhnya dari rumah dalam perjalanan ke tempat yang kami pergi setiap pagi. Suara anak lelaki saya mterngiang-ngiang dalam fikiran “ibu akan membuatkan saya lewat.”

Saya akan membuatkan dia lewat ? tiba-tiba seluru situasi menjadi begitu lucu sehingga saya ketawa berdekah-dekah. Betapa lucu dan tidak masuk akal apa yang berlaku siang tadi. Saya duduk didalam kereta, mentertawakan diri sendiri. Sambil ketawa, saya menoleh ke satu sisi. Matahari sedang terbit. Cahayanya yang hangat membakar kabus dan melumurkan langit dengan  cahaya ungu yang lembut. Saya masih duduk di tempat yang sama, memerhatikan waktu subuh terbongkar. Suatu keajaiban setiap hari yang mudah sekali saya terlepas menikmatinya.

Apa lagi yang saya hampir-hampir terlepas hari ini ? begitu banyak perkara yang saya ambil mudah selama ini. Kesihatan, rumah, musim, bunyi suami saya keluar pergi berkerja, bunyi kaki anak lelaki saya yang melompat disebelah katilnya, dan sikap merajuk remajanya ketika duduk di kerusi penumpang kereta saya. Setiap perkara ini sudah berlaku setiap pagi sebelum ini. Tetapi ia tidak berlarutan selama-lamanya. Malah, esok ia mungkin tidak lagi sama. Tiba-tiba hati saya sakit dengan kasih sayang dan mendambakan rahmat kehidupan yang sudah saya miliki. Saya membayangkan sticky note khayalan dan menampalnya di otak, “Jangan lupa, kebahagiaan ada disini dan sekarang.” Dengan perubahan ringkas itu saya  mendakap keajaiban kehidupan setiap hari yang terbongkar di sekeliling saya . apa yang perlu saya lakukan adalah berhenti dan menyedari. 

**chicken_soup**

No comments:

Post a Comment