Tuesday, 12 November 2013

DIA MEMBAHAGIAKAN HARI SAYA


Sekiranya kehidupan adalah sebuah perjalanan, bermakna semasa berusia 13 tahun, saya sudah pun berputus asa dengan kehidupan. Pada luaranya, kehidupan saya kelihatan sempurna. Seorang gadis yang berbakat, atletik, dan tertib. Saya adalah gadis yang diharapkan oleh guru-guru dan dijemput betandang ke rumah oleh ibu bapa gadis lain. Saya berbaik-baik dengan pelajar baru dan membersihkan bilik rakan-rakan selepas bermalam di rumah mereka . saya tidak pernah bergosip dan sudah banyak kali memenangi anugerah “pelajar bulan ini”.

Tetapi saya dihantui oleh emosi yang bercelaru. Saya menyimpan rahsia daripada dunia luar, rahsia yang jarang saya luahkan . saya seorang yang bijak, berhati-hati, dan tidak akan pernah membuka pekung di dada. Tetapi, perilaku saya yang sempurna ini akhirnya membuatkan saya semakin sengsara. Depresi sukar untuk dijelaskan pada seseorang yang tidak biasa dengannya. Ia wujud dalam pelbagai cara, contohnya kemarahan, emosi yang terasing, keletihan dan kehilangan minat.ataupun ia mungkin sekadar kekecewaan , yakni perasaan kegagalan yang tidak dapat dijelaskan. Secara ringkasnya, apabila kita hilang kekuatan bagi meneruskan kehidupan.

Itulah yang berlaku kepada saya sewaktu berumur 13 tahun. Putus harapan. Saya ada berjumpa dengan pakar terapi selepas ibu saya tidak sanggup lagi melihat senyuman palsu di muka saya. Nasihat pakar terapi yang bernama Kim itu masuk akal bagi saya. Malah beliau turut mempunyai pengalaman yang bartahun-tahun dalam bidang itu. Namun begitu, sesuatu yang penting dalam kehidupan saya masih hilang. Saya tidak mampu meneruskan kehidupan.

Pada suatu hari yang muram dalam bulan januari, saya bersandar dengan kuat  pada lokar sekolah ketika lonceng waktu rehat makan tengah hari berbunyi. Saya menerima tugasan kerja rumah darpada Kim pada hari sebelumnya bagi menulis senarai sahabat baik saya dan sebab saya menyukai mereka. Masalah saya adalah saya tidak mempunyai sebarang nama bagi di tulis di dalam  senarai itu.  Saya mempunyai rakan-rakan tetapi pada masa itu saya tidak mengambil berat tentang sesiapa termasuklah diri saya sendiri.

Saya menghempas pintu lokar dan bertembung dengan sekumpulan pelajar gred 7 yang berpusu-pusu keluar untuk makan tengah hari. Saya membayangkan wajah setiap seorang daripada mereka didalam kepala dan tertanya-tanya siapa yang mungkin boleh ditulis dalam senarai itu. Begitu banyak wajah yang berbeza berganti dalam minda saya. Saya mengeluh. Nampaknya secara rasminya saya akan gagal menyiapkan tugasan terapi ini.

“Hai,” kedengaran suara kecil dari arah kanan saya. Saya memandang ke bawah dan terpandang Nur, gadis genit dalam gred saya. Nur rendah orangnya dan lembut percakapannya. Dia sentiasa bercakap perkara yang baik tentang semua orang. Matanya yang bulat menampilkan jiwanya tulus dan membuatkan dia disukai oleh ramai orang. Saya sememangnya suka personality Nur, tetapi tidak pernah mengenalinya dengan lebih dalam. Meski pun begitu, memandang senyumannya yang lembut, sudah cukup menaikkan sedilit semangat saya.

“Hai Nur, apa khabar ?,” saya menegurnya.

“Baik sekali. Nampaknya kamu baru potong rambut.”

Jari-jemari saya meramas-ramas rambut saya yang pendek . sejujurnya saya berasa gembira kerana dia perasan tentang saya.

“Ya,” saya berbisik.

“Kamu  kelihatan sangat cantik !” Nur berteriak. “Kamu kelihatan hebat !” mata saya berkelip.

“Benarkah?”

“Sudah tentu.”

“Nur !” kedengaran suara memanggilnya dari dalam dewan.

“Saya perlu pergi,” Nur menyambung. “Selamat tinggal”

Dia berlari-lari anak menuju ke dewan.

“Hebat,” saya berbisik  sendiri. “Saya kelihatan hebat.”

Memerhatikan Nur berlari-lari menuju ke dewan sekolah, saya seolah-olah mendapat secebis kesedaran. Saya tidak gembira. Malah, secara klinikalnya saya mengalami depresi. Setiap hari adalah satu kepayahan yang perlu ditempuh dan akhirnya saya mungkin tewas. Tetapi melihat seorang individu yang sangat baik membuatkan saya tersedar. Ia mengingatkan saya walaupun dalam waktu yang singkat tentang kebahagian dalam dunia ini. Ia memberikan saya harapan.

“Nur !,”  saya menjerit memanggil namanya.

Kebahagian lambat singgah dalam kehidupan saya dan cepat pula menghilang. Kehidupan adalah sebuah perjalanan, tetapi usaha mencari sesuatu yang berharga yang dipanggil kebahagian lebih daripada sekadar perjalanan. Ia adalah cabaran yang mampu ditawan oleh  sesetengah oarng seperti Nur. Sama seperti namanya yang bermaksud cahaya, dia menghilangkan kegelapan dalam dunia saya. Sebaik sahaja saya membuka mulut, saya menyambut ‘cahaya’ yang ditawarkan tanpa sedar oleh Nur.

“Nur !” saya memanggilnya sekali lagi.

Kawan baru saya itu berpaling. Banyak yang mahu saya katakan padanya. Terima kasih. Kamu lebih cantik daripada saya, dalaman dan luaran. Semoga tuhan merahmati kamu.

Apa yang saya ucapkan lahir dari lubuk hati saya yang paling dalam.

“Nur, tunggu saya mahu mengikut kamu.”

**chicken_soup**

No comments:

Post a Comment