Monday, 15 September 2014

kembara sukarelawan 1kebajikan "Together we make a diffrent"

hi guys !! sorry sangat sebab tk dapat nk update dalam blog ni..hari ni khas untuk peminat blog Akusahaja yang selalu menghantar email kepada saya..saya kongsikan lagi beberapa gambar aktiviti sukarelawan yang saya joint baru-baru ni..aktiviti kembara sukarelawan ni di adakan di pitas , kota belud dan kota merudu Sabah.. aktiviti kali ini diadakan selama 3 hari..dalam masa 3 hari tu banyak pengalaman baru yang kami dapat disamping melawat ke rumah-rumah client kebajikan..terima kasih kepada kak erna yang sudi membawa kami untuk joint dalam program kali ini dan diharapkan agar program lain pun masih dapat joint. bagi saya pula aktiviti sukarelawan ini banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur, muhasaba diri..dan rendah diri kerana program ini banyak membantu saya untuk mengenali diri sendiri dan menjadi seorang yang lebih sedar bahawa dalam dunia ni , banyak orang yang menjadi kaya raya tapi hidup susah..tapi banyak juga orang yang lebih susah tetapi dapat menikmati hidup ini dengan lebih tenang aman..itu adalah cara saya untuk menikmati hidup ini. bersederhana dalam semua benda.In sha Allah..sama-sama kita renungkan bersama..sedikit gambar untuk dikongsikan kepada peminat blog Akusahaja moga bermanafaat untuk semua :

#bersama dengan teamwork yang gagah perkasa..

 #antara kerja-kerja sukarelawan yang kami buat :




sebarang pertanyaan atau komen bolehlah dibuat dalam ruang komen atau dalam suara penduduk diatas atau boleh lah menghantar email terus kepada saya di nurfarahinrojumin@yahoo.com

Tuesday, 15 April 2014

KHIDMAT MASYARAKAT

hari ini satu lagi yang saya ingin post berkaitan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat yang telah kami buat...bezanya cuma kali ini tugasan yang diberikan adalah salah satu subjek wajib yang mesti diambil oleh setiap pelajar di kolej kami(Unitar). subjek ini adalah subjek gabungan dimana semua pelajar diploma dan ijazah perlu berkerjasama untuk menyiapkan tugasan ini..dalam subjek ini ( subjek saya ambik waktu semester 3..) kami seramai 33 orang telah bergabung untuk menyiapkan projek ini.. kali ini kami telah melantik epfyh sebagai ketua kumpulan kami.. semuanya mejoriti pelajar pompuan  dan seorang lelaki iaitu epfyh dan atas sebab itu juga kami melantik beliau untuk menjadi ketua kami..kali ini projek kami haruslah berkaitan dengan Taska dan Tadika kerana semua ahli kumpulan yang terlibat adalah dari pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak..

##ini adalah logo kumpulan kami yang kemudiannya kami buat pada pakaian untuk projek kali ini

  

Inilah ahli kumpulan kami..

Disinilah lokasi tempat projek kami ...


Antara aktiviti yang kami jalankan...






membuat alat bantu mengajar untuk kanak-kanak prasekolah sk Lapasan
 

Aktiviti kami diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak Sk.Lapasan . penyampaian cenderahati ini disampaikan oleh penasihat kami sir zain dan diiringi oleh ketua kumpulan kami epfyh..






 
 
 

Friday, 7 March 2014

RUMAH ANAK YATIM ASNAF AS SAKINAH KINARUT PAPAR


assalammualaikum..sorry kepada semua pembaca blog akusahaja sebab lama tak dapat update..ok lah..hari ni saya ingin kongsikan satu lagi aktiviti saya dengan kawan-kawan saya yang mana sebenarnya aktiviti ini adalah salah satu assigment yang perlu disiapkan.cuma yang menariknya aktiviti ini memberikan kami satu pengalaman yang sangat berharga kepada diri kami sendiri yang mana kami disuruh untuk membuat amal kebajikan sama ada di rumah kebajikan orang tua mahupun di rumah anak-anak yatim dan alhamdulillah kami sebulat suara memilih rumah anak-anak yatim asnaf as sakinah kinarut, papar... tugasan ini disiapkan dalam masa 3 minggu.. so macam-macam pengalaman yang telah kami dapat sepanjang tugasan ini disiapkaan. memang tak dapat dilupakan bila satu ketika tu kami memungut derma dari orang awam untuk rumah anak yatim asnaf as sakinah..ada pula yang anggap kami berbohong sebab minta derma.. nasib baiklah waktu itu kami ada permit dari pihak polis dan profil rumah anak yatim asnaf as sakinah itu untuk menjalankan pungutan derma itu.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. di bawah saya kongsikan beberapa keping gambar sepanjang aktiviti itu di jalankan..

##pungutan derma daripada orang ramai..


aktiviti ke Rumah Anak Yatim Asnaf As Sakinah ::






Saturday, 30 November 2013

aktiviti sukarelawan..memori terindah dalam hidup

hari ni saya akan post satu kenangan yang sya tidak akan lupakan dalam hidup. sebenarnya saya baru sahaja joint aktiviti sukarelawan ni atau dalam bahasa orang putih volenteer. banyak kenangan manis yg sangat bermakna dalam hidup ini jika kita nikmatinya dengan cara yang betul..sebenarnya saya hanya mengikut kawan-kawan joint benda ni.. first time untuk aktiviti sukarelawan ni adalah kami di suruh mengiringi orang tua-tua dari rumah orang tua-tua Pitchard Kimanis Papar sabah untuk ke festival bagandang yang setiap tahun diadakan di Boufort Sabah. first time masuk di rumah orang tua-tua Pitchard tu, rasa satu perasaan yang sangat sukar diungkapkan.. saya kongsikan kepada anda semua..beberapa keping gambar sepanjang aktiviti itu dijalankan..





Tuesday, 12 November 2013

DIA MEMBAHAGIAKAN HARI SAYA


Sekiranya kehidupan adalah sebuah perjalanan, bermakna semasa berusia 13 tahun, saya sudah pun berputus asa dengan kehidupan. Pada luaranya, kehidupan saya kelihatan sempurna. Seorang gadis yang berbakat, atletik, dan tertib. Saya adalah gadis yang diharapkan oleh guru-guru dan dijemput betandang ke rumah oleh ibu bapa gadis lain. Saya berbaik-baik dengan pelajar baru dan membersihkan bilik rakan-rakan selepas bermalam di rumah mereka . saya tidak pernah bergosip dan sudah banyak kali memenangi anugerah “pelajar bulan ini”.

Tetapi saya dihantui oleh emosi yang bercelaru. Saya menyimpan rahsia daripada dunia luar, rahsia yang jarang saya luahkan . saya seorang yang bijak, berhati-hati, dan tidak akan pernah membuka pekung di dada. Tetapi, perilaku saya yang sempurna ini akhirnya membuatkan saya semakin sengsara. Depresi sukar untuk dijelaskan pada seseorang yang tidak biasa dengannya. Ia wujud dalam pelbagai cara, contohnya kemarahan, emosi yang terasing, keletihan dan kehilangan minat.ataupun ia mungkin sekadar kekecewaan , yakni perasaan kegagalan yang tidak dapat dijelaskan. Secara ringkasnya, apabila kita hilang kekuatan bagi meneruskan kehidupan.

Itulah yang berlaku kepada saya sewaktu berumur 13 tahun. Putus harapan. Saya ada berjumpa dengan pakar terapi selepas ibu saya tidak sanggup lagi melihat senyuman palsu di muka saya. Nasihat pakar terapi yang bernama Kim itu masuk akal bagi saya. Malah beliau turut mempunyai pengalaman yang bartahun-tahun dalam bidang itu. Namun begitu, sesuatu yang penting dalam kehidupan saya masih hilang. Saya tidak mampu meneruskan kehidupan.

Pada suatu hari yang muram dalam bulan januari, saya bersandar dengan kuat  pada lokar sekolah ketika lonceng waktu rehat makan tengah hari berbunyi. Saya menerima tugasan kerja rumah darpada Kim pada hari sebelumnya bagi menulis senarai sahabat baik saya dan sebab saya menyukai mereka. Masalah saya adalah saya tidak mempunyai sebarang nama bagi di tulis di dalam  senarai itu.  Saya mempunyai rakan-rakan tetapi pada masa itu saya tidak mengambil berat tentang sesiapa termasuklah diri saya sendiri.

Saya menghempas pintu lokar dan bertembung dengan sekumpulan pelajar gred 7 yang berpusu-pusu keluar untuk makan tengah hari. Saya membayangkan wajah setiap seorang daripada mereka didalam kepala dan tertanya-tanya siapa yang mungkin boleh ditulis dalam senarai itu. Begitu banyak wajah yang berbeza berganti dalam minda saya. Saya mengeluh. Nampaknya secara rasminya saya akan gagal menyiapkan tugasan terapi ini.

“Hai,” kedengaran suara kecil dari arah kanan saya. Saya memandang ke bawah dan terpandang Nur, gadis genit dalam gred saya. Nur rendah orangnya dan lembut percakapannya. Dia sentiasa bercakap perkara yang baik tentang semua orang. Matanya yang bulat menampilkan jiwanya tulus dan membuatkan dia disukai oleh ramai orang. Saya sememangnya suka personality Nur, tetapi tidak pernah mengenalinya dengan lebih dalam. Meski pun begitu, memandang senyumannya yang lembut, sudah cukup menaikkan sedilit semangat saya.

“Hai Nur, apa khabar ?,” saya menegurnya.

“Baik sekali. Nampaknya kamu baru potong rambut.”

Jari-jemari saya meramas-ramas rambut saya yang pendek . sejujurnya saya berasa gembira kerana dia perasan tentang saya.

“Ya,” saya berbisik.

“Kamu  kelihatan sangat cantik !” Nur berteriak. “Kamu kelihatan hebat !” mata saya berkelip.

“Benarkah?”

“Sudah tentu.”

“Nur !” kedengaran suara memanggilnya dari dalam dewan.

“Saya perlu pergi,” Nur menyambung. “Selamat tinggal”

Dia berlari-lari anak menuju ke dewan.

“Hebat,” saya berbisik  sendiri. “Saya kelihatan hebat.”

Memerhatikan Nur berlari-lari menuju ke dewan sekolah, saya seolah-olah mendapat secebis kesedaran. Saya tidak gembira. Malah, secara klinikalnya saya mengalami depresi. Setiap hari adalah satu kepayahan yang perlu ditempuh dan akhirnya saya mungkin tewas. Tetapi melihat seorang individu yang sangat baik membuatkan saya tersedar. Ia mengingatkan saya walaupun dalam waktu yang singkat tentang kebahagian dalam dunia ini. Ia memberikan saya harapan.

“Nur !,”  saya menjerit memanggil namanya.

Kebahagian lambat singgah dalam kehidupan saya dan cepat pula menghilang. Kehidupan adalah sebuah perjalanan, tetapi usaha mencari sesuatu yang berharga yang dipanggil kebahagian lebih daripada sekadar perjalanan. Ia adalah cabaran yang mampu ditawan oleh  sesetengah oarng seperti Nur. Sama seperti namanya yang bermaksud cahaya, dia menghilangkan kegelapan dalam dunia saya. Sebaik sahaja saya membuka mulut, saya menyambut ‘cahaya’ yang ditawarkan tanpa sedar oleh Nur.

“Nur !” saya memanggilnya sekali lagi.

Kawan baru saya itu berpaling. Banyak yang mahu saya katakan padanya. Terima kasih. Kamu lebih cantik daripada saya, dalaman dan luaran. Semoga tuhan merahmati kamu.

Apa yang saya ucapkan lahir dari lubuk hati saya yang paling dalam.

“Nur, tunggu saya mahu mengikut kamu.”

**chicken_soup**

KEAJAIBAN SETIAP HARI



Jam 6 pagi. Masih awal , namun saya sudah mengingatkan senarai tugas harian dalam minda saya. Kedengaran bunyi berderam-derum menandakan pintu garaj di buka, kemudian ditutup kembali. Bermakna suami saya sudah keluar pergi berkerja. Saya mengetuk pintu bilik tidur anak lelaki bongsu saya. Keluhan remaja muncul daripada susuk tubuh yang berbalut dengan selimut.

Di tingkat bawah saya membuka pintu belakang, memetik suis lampu patio. Kemudian saya mengeluarkan pinggan mangkuk malam tadi daripada pencuci pinggan mangkuk . tetapi , tunggu. Senyap sunyi di tinggat atas.  “Ibu masih belum dengar bunyi air pancuran,” jeritku. Bosan dengan suara sendiri, bosan dengan kata-kata yang saya ulang setiap pagi semenjak anak ini belum lahir lagi. Perkara yang sama, perkara yang sama.

Kadangkala, terasa seperti saya sudah membangunkan anak-anak saya ke sekolah seumur hidup ini. Sebenarnya, sudah hampir 22 tahun. Di sebabkan jarak umur yang jauh antara tiga orang anak lelaki saya, maka saya masih mempunyai tiga tahun setengah sebelum anak yang bongsu tamat belajar di sekolah menengah. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dari tingkat atas.

Bagus. Dia sudah bangun. Selepas ini saya perlu menaburkan garam dilaluan masuk kerumah, memanaskan enjin kereta, dan mengikis ais daripada cermin hadapan kereta. Saya memeriksa sticky note berwarna kuning yang saya tampal di serata dapur. Tujuannya bagi mengingatkan otak saya mengenai semua urusan membosankan yang sepatutnya saya lakukan setiap hari yang membosankan. “Isi minyak, pergi ke ATM, jangan lupa beli pisang,telur, roti, sesuatu untuk makan malam?”

Anak lelaki saya dan saya melakonkan babak biasa drama pagi kami. Saya melakonkan watak jam burung dengan skrip, “Sudah jam 6:25 pagi. Kita Cuma ada lima minit lagi.” Sementara, anak lelaki saya bergerak dalam gerakkan perlahan dengan skrip, “Saya dating.” Entah bagaimana, menjelang jam 6:32 pagi, kami sudah berada di dalam MPV. Saya mengundurkan MPV ke laluan masuk. Lampu hadapan memancarkan cahaya dalam kabus yang kelam. Saya meneruskan pejalanan untuk menjemput jiran kami yang menumpang kereta kami.

Tetapi, pagi ini ada sesuatu yang berlainan.

Ia berlaku selepas tiga suku perjalanan ke rumah dimana jiran itu berjumpa. Kabus terapung-apung diatas timbunan salji. Tiba-tiba saya tidak mengecam tanda jalan. Adakah pusat beli belah itu memang ada di situ? Saya sesat.

“Bangun, ibu. Ibu sudah terlepas lencongan itu.”

“Betulkah?”

“Saya tidak percaya ibu akan membuatkan saya lewat.”

“Tunggu sekejap,” saya memerhati sekeliling, panik, dan cuba menentukan arah saya. Semuanya kelihatan salah. Saya benar-benar sesat.

Anak saya mendekatkan tubuhnya dan menunjukkan jalan. “Belok di sini ibu. Sekarang, sana. Nampak ? kita sudah sampai.”

Saya berhenti di rumah itu, berasa lega kerana tiba hampir-hampir tepat pada masanya.

“Maafkan ibu,” kata ku kepada anak lelaki saya.

“Ibu mesti memberikan perhatian,” lagaknya memarahi saya seperti orang dewasa.

Saya memandu pulang ke rumah dalam kabus. Saya memberhentikan kereta di laluan masuk. Di dalam rumah terdapat sebuah komputer dan didnding yang di penuhi sticky note menunggu saya. Tetapi say duduk dan mendiamkan diri. Saya terus memandang pada kerak salji kotor yang sudah membatu di atas batas bunga. Selepas bertahun-tahun otak saya sudah bertukar menjadi lembik.

Tetapi ini lain. Anak lelaki say betul. Saya separuh terlelap. Seperti robot, saya melakukan pergerakkan yang saya lalui setiap hari selama bertahun-tahun dan saya langsung tidak perasan di mana saya berada.
Saya pernah berjanji pada diri sendiri tidak akan melakukan perkara sebegini. Janji itu saya sematkan dalam hati pada suatu hari pada musim bunga 26 tahun lalu. Waktu itu saya hamil anak sulung dan kandungan saya berusia lapan bulan. Saya melutut di atas tanah sambil menanam pokok bunga pansy. Pipi saya dibasahi peluh, udara yang segar, dan kemungkinan kehidupan. Seorang rakan sedang lalu dan melihat saya bersusah payah mengangkat perut saya yang memboyot untuk berdiri semula. Dia berteriak “hei , kamu pasti gembira bila sudah bersalin nanti.”

“Oh, tidak,” terpacul secara tiba-tiba dari mulut saya. “Saya gembira sekarang.” Ketika mengucapkannya, saya sedar ia benar.saya tidak mahu mempercepatkan masa. Saya mahu bertahan dam menikmatinya seperti gigitan pencuci mulut yang pertama.

Tatkala musim silih berganti, saya mendengar kata-kata ini dalam pelbagai suara. “ Saya akan bahagia bila bayi saya tidur sepanjang malam.”

“Saya akan bahagia bila kami berpindah ke rumah baru.”

“Saya berharap musim sejuk sudah tamat.”

“Saya tidak sabar menunggu anak-anak balik dari sekolah.”

“Jangan mengharapkan ia pergi jauh,” saya bebisik kepada diri sendiri berulang kali. Saya mengajar anak-anak saya pengajaran ini bersama-sama dengan cerita waktu tidur mereka. Kebahagiaan bukan sesuatu diluar sana. Ia bukan melebihi halangan seterusnya seperti kisah ‘bahagia selama-lamanya’ dalam buku cerita. Kebahagiaan ada disini sekarang.

Namun  begitu, pagi ini, sewaktu mahu menjemput jiran kami, saya terlupa. Saya tidak memberikan perhatian. Saya melakukan perkara yang sama setiap hari sehingga ia sudah melekat dalam kepala dan  tidak bernilai. Saya mengaggapnya sebagai senarai tugas harian yang perlu diingat di minda saya.

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Saya menentang memori berkenaan diri saya yang keliru, berpusing-pusing dalam kawasan kejiranan, dan sesat. Kami Cuma berada lima minit jauhnya dari rumah dalam perjalanan ke tempat yang kami pergi setiap pagi. Suara anak lelaki saya mterngiang-ngiang dalam fikiran “ibu akan membuatkan saya lewat.”

Saya akan membuatkan dia lewat ? tiba-tiba seluru situasi menjadi begitu lucu sehingga saya ketawa berdekah-dekah. Betapa lucu dan tidak masuk akal apa yang berlaku siang tadi. Saya duduk didalam kereta, mentertawakan diri sendiri. Sambil ketawa, saya menoleh ke satu sisi. Matahari sedang terbit. Cahayanya yang hangat membakar kabus dan melumurkan langit dengan  cahaya ungu yang lembut. Saya masih duduk di tempat yang sama, memerhatikan waktu subuh terbongkar. Suatu keajaiban setiap hari yang mudah sekali saya terlepas menikmatinya.

Apa lagi yang saya hampir-hampir terlepas hari ini ? begitu banyak perkara yang saya ambil mudah selama ini. Kesihatan, rumah, musim, bunyi suami saya keluar pergi berkerja, bunyi kaki anak lelaki saya yang melompat disebelah katilnya, dan sikap merajuk remajanya ketika duduk di kerusi penumpang kereta saya. Setiap perkara ini sudah berlaku setiap pagi sebelum ini. Tetapi ia tidak berlarutan selama-lamanya. Malah, esok ia mungkin tidak lagi sama. Tiba-tiba hati saya sakit dengan kasih sayang dan mendambakan rahmat kehidupan yang sudah saya miliki. Saya membayangkan sticky note khayalan dan menampalnya di otak, “Jangan lupa, kebahagiaan ada disini dan sekarang.” Dengan perubahan ringkas itu saya  mendakap keajaiban kehidupan setiap hari yang terbongkar di sekeliling saya . apa yang perlu saya lakukan adalah berhenti dan menyedari. 

**chicken_soup**

Saturday, 26 October 2013

KERANA ENGKAU DIHADAPANKU


 



 Fahim adalah jurujual bagi syarikatnya. Dia sering mengunjungi para pelanggannya bagi mendapatkan pesanan, termasuk sebuah farmasi yang terletak di ibu kota.

“Apa khabar? Sudah lama tidak bertemu,” ujar Fahim kepada seorang pekerja yang berada berhampiran kaunter. Mereka kemudiannya berbual-bual ,mesra.

Sememnagnya setiap kali dia pergi ke farmasi ini, dia sentiasa meluangkan masa beberapa minit bagi berbual-bual dengan para pekerja dibahagian hadapan terlebih dahulu.

 Dia tetap member perhatian kepada mereka walaupun mereka kelihatan tidak penting dalam urusan dalam urusan jualannya. Selepas itu barulah dia menemui pemilik farmasi itu bagi mendapatkan pesanan.

Pada suatu hari pemilik farmasi itu meminta Fahim segera meninggalkannya kerana dia tidak lagi berminat membeli produk syarikat Fahim. Pemilik itu tidak bersetuju dengan cara syarikat Fahim menjalankan peniagaannya. Fahim berasa sangat kecewa lalu pergi meninggalkan farmasi itu.

Beberapa jam dia membuat keputusan untuk kembali ke farmasi itu. Dia mahu bertemu dengan pemilik farmasi itu sekali lagi, sekurang-kurangnya bagi menerangkan kedudukannya dan syarikatnya dalam hal itu.

Apabila sampai di farmasi itu, dia menyapa para pekerja di bahagian hadapan seperti biasa sebelum bertemu dengan pemilik farmasi. Pemilik farmasi itu tersenyum kepadanya lalu membuat pesanan dua kali ganda daripada biasa. Fahim berasa hairan dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

Pemilik farmasi itu menerangkan, selepas Fahim beredar tadi, salah seorang pekerjanya dating berjumpanya. Pekerja itu memberitahu, Fahim adalah sebilangan kecil penjual yang sudi menyapanya dan pekerja-pekerja lain di farmasi itu.

Dan juga berpendapat, sekiranya ada mana-mana jurujual yang layak mendapat pesanan, Fahim adalah orang yang paling berhak. Selepas mendengar cerita itu, pemilik farmasi itu bersetuju dan terus menjadi pelanggan setia Fahim

.**chicken_soup**