Saturday, 26 October 2013

KERANA ENGKAU DIHADAPANKU


 



 Fahim adalah jurujual bagi syarikatnya. Dia sering mengunjungi para pelanggannya bagi mendapatkan pesanan, termasuk sebuah farmasi yang terletak di ibu kota.

“Apa khabar? Sudah lama tidak bertemu,” ujar Fahim kepada seorang pekerja yang berada berhampiran kaunter. Mereka kemudiannya berbual-bual ,mesra.

Sememnagnya setiap kali dia pergi ke farmasi ini, dia sentiasa meluangkan masa beberapa minit bagi berbual-bual dengan para pekerja dibahagian hadapan terlebih dahulu.

 Dia tetap member perhatian kepada mereka walaupun mereka kelihatan tidak penting dalam urusan dalam urusan jualannya. Selepas itu barulah dia menemui pemilik farmasi itu bagi mendapatkan pesanan.

Pada suatu hari pemilik farmasi itu meminta Fahim segera meninggalkannya kerana dia tidak lagi berminat membeli produk syarikat Fahim. Pemilik itu tidak bersetuju dengan cara syarikat Fahim menjalankan peniagaannya. Fahim berasa sangat kecewa lalu pergi meninggalkan farmasi itu.

Beberapa jam dia membuat keputusan untuk kembali ke farmasi itu. Dia mahu bertemu dengan pemilik farmasi itu sekali lagi, sekurang-kurangnya bagi menerangkan kedudukannya dan syarikatnya dalam hal itu.

Apabila sampai di farmasi itu, dia menyapa para pekerja di bahagian hadapan seperti biasa sebelum bertemu dengan pemilik farmasi. Pemilik farmasi itu tersenyum kepadanya lalu membuat pesanan dua kali ganda daripada biasa. Fahim berasa hairan dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

Pemilik farmasi itu menerangkan, selepas Fahim beredar tadi, salah seorang pekerjanya dating berjumpanya. Pekerja itu memberitahu, Fahim adalah sebilangan kecil penjual yang sudi menyapanya dan pekerja-pekerja lain di farmasi itu.

Dan juga berpendapat, sekiranya ada mana-mana jurujual yang layak mendapat pesanan, Fahim adalah orang yang paling berhak. Selepas mendengar cerita itu, pemilik farmasi itu bersetuju dan terus menjadi pelanggan setia Fahim

.**chicken_soup**

No comments:

Post a Comment