Adam
menerima nota yang diselitkan pada tingkap bilik di kolej kediaman. Jam 7.00
malam baru balik dari padang bola, bermain dengan hanya berkaki ayam. Nota
ringkas berbunyi “Ayah di hospital, hubungi abang.” Ringkas, tetapi membuat
Adam tidak senang duduk.
Ayah
dimasukkan di hospital kerana strok peringkat awal. Pada usia 63 tahun, dia
berbaring di atas katil. “Saya tidak apa-apa,” kata beliau dengan suara tidak
jelas. Mungkin ayah kurang selesa dengan keadaan ini. Ayah dikerumuni oleh
anak-anak, adik-beradik, menantu dan isteri.
Ayah
tidak suka susahkan orang lain. Sedaya upaya, beliau melakukan semuanya
sendiri. Kami sekeluarga pernah terkejut dengan tindakan ayah pulang dari
Institut Jantung Negara selepas beberapa hari selesai menjalani pembedahan
pintasan pada jantung.
Ayah
pulang sendiri tanpa memaklumkan pada keluarga. Cukup seminggu di hospital,
beliau keluar selepas mendapat rawatan dan ubat yang diperlukan. Dari hospital,
beliau menaiki teksi ke Pudaraya, menaiki tangga ke Pudaraya, kemudian menaiki
bas ekspres pulang ke Melaka. Dari Melaka, beliau menaiki kereta sewa, iaitu
panggilan lain untuk teksi tanpa meter tambang.
Ayah
tiba di rumah dengan beg baju di tangan kanan dan bantal kecil di dadanya yang
digunakan untuk melindungi bekas jahitan di dadanya.
Ya,
beliau balik seorang diri.
Selepas
lima tahun, kesihatan ayah kembali merosot.
Kali
ini beliau tidak dapat melakukan perkara yang sama lagi. Ayah perlu berehat di
hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Ibu menguruskan ayah di rumah.
Kebersihan ayah diutamakan. Ayah biasanya bercukur dan memastikan rambutnya
disisir kemas dan tidak dibiarkan panjang. Itulah yang ibu kekalkan. Pernah ibu
memanggil jiran yang sudah biasa memotong rambut di kawasan kampong, tetapi
beliau menolak dengan alasan mesin rosak dan gunting tumpul. Jiran itu takut
pada dua perkataan, iaitu mayat dan orang sakit.
Akhirnya
ibu meminta kawan baik ayah untuk mencarikan seorang tukang gunting rambut.
Seorang tukang gunting rambut india datang ke rumah dan melakukan apa yang
diperlukan. Tidak lama kemudian, ayah dimasukkan ke hospital semula. Beliau
tidak mahu membuka mata dan diam sahaja. Badannya kekal diatas katil, tidak
bergerak. Itulah keadaan beliau setiap hari.
Seminggu
selepas peperiksaan, Adam pulang mengambil alih tugas ibu menjaga ayah di
hospital. Adam tidak tahu apa yang mahu dibualkan bersama ayah. Adam tahu
beliau tidak akan menjawab meskipun beliau dengar dengan jelas. Beliau tutup
mata rapat-rapat, sengaja tidak mahu dibukanya. Adakah beliau tidak mahu
melihat wajah kami yang sedang melihatnya ? ayah lebih tahu.
Hanya
sekali beliau membuka mata, itu pun dipaksa oleh doktor yang dua kali mencucuk
jarum pada tangan ayah. Cubaan pertama, Adam yakin doktor itu tersilap mencucuk
jarum halus itu.
Apa
yang Adam mahu berbual dengan ayahnya ?
Hanya
ada Al-quran yang dibawa bersama, sebuah buku yang dibeli dikedai tingkat
bawah. Diselak helaian Al-quran dan dibacanya disisi kanan katil, dekat pada
telinga ayah. Adam membaca teks arab dan terjemahan bersama-sama, supaya anak
yang berasa dirinya jahil dan ayah yang diam itu faham.
Adam
bukan qari yang merdu bacaannya. Adam bukan hafiz yang mengafaz yang menghafaz
dengan jiwa dan fikirannya. Adam bukan pelajar sekolah agama yang mahir bahasa
arab. Adam hanya bekas pelajar yang masih merangkak-rangkak dengan amal yang
tidak seberapa. Mahu jadi anak soleh pun Adam tidak pasti sama ada dia sudah
melakukan perkara yang betul atau tidak. Dialog apa yang mahu Adam bicarakan
melainkan bacaan Al-quran dengan
merangkak-rangkak itu?
Apabila
membaca teks Al-quran yang bercerita tentang syurga, Adam membaca dengan jelas
bersama terjemahan. Bagaimana pula teks Al-quran yang bercerita perihal azab
dan api neraka? Teks Al-quran dibaca, tetapi terjemahan itu tidak dibaca. Dia
melompat ke teks seterusnya.
Sehari
demi sehari Adam di situ. Sehingga 12 Jun 2009, pada paginya Adam menonton para
jururawat muda disitu membantu membersihkan ayah. Ada mesin khas yang digunakan
untuk mencuci bahagian mulut dan lendir dalam tubuh yang terkasil sehingga ia
menyukarkan pernafasan dan saluran makanan.
Ketua
jururawat mara-marah, entah apa yang dimarahnya. Mungkin Adam begitu mendesak.
Kemudian Adam bertanya kepada seorang jururawat. Tidak lama kemudian, jururawat
itu dating bersama rakannya. Kemudian dating lagi dua tiga orang jururawat.
Kemudian dating lagi sehingga menggelilingi katil ayah.
“Tarik
kain tu nanti dia nampak” kata seorang jururawat sambil menoleh kiri dan
kanansambil menarik kain yang menyekat pandangan Adam daripada ayah. Enam orang
jururawat membersihkan ayah sepenuhnya. Adam sendiri hairan mengapa begitu
ramai bersungguh-sungguh membersihkan tubuh ayah. Sebelum ini Adam pernah
dimasukkan ke hospital kerana kemalangan tetapi hanya dua orang yang
menguruskannya.
Malam
12 Jun 2009, Adam duduk dikerusi tetamu yang berada hampir dengan katil ayah.
Badan ayah masih begitu. Seorang
jururawat sibuk melakukan pemeriksaan berjadual dan mencatat sesuatu. Adam
melihat ayah terbaring sama seperti hari-hari lain. Bezanya urat leher ayah
turun naik seperti hari-hari lain.
Adam
mendekat, tidak tahu itu saat hidup di dunia akan beralih kepada kehidupan yang
lain. Syahada diucapkan di telinga kanan, kelihatan bibir ayah terangkat
sedikit menyahutnya, matanya tertutup rapat, kemudian semuanya tenang kembali.
“
Nurse, ayah saya sudah tiada lagi,” kata Adam kepada jururawat yang masih sibuk
menulis di tepi katil.
“Tidaklah,
saya baru beri rawatan sebentar tadi. Dia baik-baik saja,” katanya.
Pesakit
berbangsa cina di sebelah katil ayah bersama-sama anaknya melihat Adam. Mereka
diam saja memandang Adam. Antara terkejut dan takut. Adam tidak ada keberanian
memberitahu berita itu kepada ibu yang baru beberapa jam pulang ke rumah.
Adam
memasukan syiling di telefon awam yang berada di tingkat bawah. Suara ibu jelas
di hujung sana, Adam berkata “Ayah su…”terhenti kata-katanya.
Sekali
lagi Adam memberanikan diri mahu berkata, “Ayah su…” terhenti sekali lagi
Jururawat
menghampiri, mengambil gagangan telefon. Adam hanya berdiri mendengar jururawat
itu meluahkan hakikiat kepada ibu.
13
Jun 2009, ayah di kebumikan di tempat yang sama dengan moyang datuk, dan nenek
Adam disemadikan. Rakan baik ayah bersama Rahim buat pertama kalinya turun ke
liang lahad, satu perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya selama
50 tahun. Semuanya demi mempermudaahkan urusan rakan baik yang dikenali sejak
muda.
Perbualan
Adam dan ayah adalah perbualan syurga dan neraka. Perbualan harapan diterjemah
kata oleh Adam, supaya pejam mata ayah, nampaklah syurga.
Itu
harapan Adam, apabila ayah membuka matanya semula, rumah di syurga bagi
beristirahat sudah tersedia untuknya.
**cerita dari syurga (keluaran PTS)**