Kereta mewah yang diletakkan di hadapan rumah , jarang
sekali berada di situ sepanjang hari. Pemandunya sering berbeza. Adakalanya
hanya pemandu dan kerap kelihatan dua tiga orang menaiki kereta mewah pelbagai
jenama.
Orang kenal dan orang tahu siapa pemilik kereta mewah
itu. Rumah beliau sederhana besar, tetapi masih mudah dicam orang. Itu adalah
salah satu rumah milik orang kaya di sana. Kereta beliau bukan sebuah, ada
beberapa buah lagi. Di hitung jumlah setiap satu sudah mampu membeli beberapa
buah rumah lagi.
Tetapi hairan, beliau hanya membeli sebuah, selebihnya
dihadiakan orang. Begitu sekali beliau disanjung orang.
“Siapakah dia?” bertanya orang yang tidak mengenali
beliau.
“Bagaimana beliau menjadi begitu kaya?” soal orang yang
mahu kenal harta beliau terlebih dahulu sebelum orangnya.
“Sudah berkhawin ataupun belum?” Tanya ibu yang mencari
jodoh selesa untuk anak gadisnya.
Sudah ada yang kenal orang itu. Beliau terkenal bukan
kerana harta ataupun perniagaan yang diusahakan, tetapi zuhud bisnes yang
diamalkan. Kerana falsafah harta menjaga tuan lebih kuat berbanding tuan
menjaga harta.
Soal saya kepada orang yang bercerita perihal orang itu,
“Bagaimana beliau menerapkan zuhud bisnes dalam kehidupan?”
Orang yang bercerita terus membongkar kisah. Seolah-olah
bangga dapat menceritakan kehebatan pemilik kemewahan yang percaya pada zuhud
bisnes.
“Beliau percaya hidup untuk Tuhan. Mengapa perlukan
kesombongan dunia bagi mengumpul yang terbaik untuk berkerja bersama-samanya?
Para pekerja sudah dididik hati supaya melihat kemewahan itu satu hidangan yang
mereka kongsi. Tidak ada kekenyangan dengan kemewahan. Mereka ambil apa yang
patut sahaja,” ceritanya panjang lebar.
Katanya deretan kereta mewah itu digunakan silih berganti
antara pekerja dan majikan. Sudah seperti kereta perniagaan meskipun ia adalah
kereta hadiah peribadi.
Melihat keeta mewah yang tidak duduk lama di perkarangan
rumah sudah menjadi situasi biasa yang dilihat oleh jiran yang duduk sebelah.
Paling lama kereta mewahnya berada di situ selama setengah jam.
Soal saya “Mengapa begitu?”
Jawab orang bercerita “Sememangnya begitu. Para pekerja
beliau menggunakan kereta mewah apabila ada tujuan khusus. Ada yang menggunakan
bagi tujuan bertemu pelanggan, ada yang bertujuan menggunakan bagi mewakili
perniagaan, dan ada yang digunakan bagi tujuan dakwah.”
Pemdek kata kereta-kereta itu digunakan semaksimum
mungkin. Ia menjadi wajah kepada organisasi dan pekerja. Dibawa oleh pemandu
bersama-sama persepsi khalayak. Percaya ada kehebatan disebalik kereta mewah
itu.
“Beliau mengamalkan zuhud bisnes,” kata orang itu.
Tanya saya sekali lagi, “Bukankah zuhud bisnes itu
membuang keperluan dunia dan menjadi abid kepada Tuhan semata-mata?” soal saya
sengaja memprovokasi.
Ketawa besar dia, lalu membalas kembali “Zuhud bisnes
yang diamalkan beliau adalah memaksimumkan kelebihan yang ada dengan
memberi yang lain peluang sama-sama
mengunakan. Lihaat pada kesan formula zuhud bisnesnya.”
Pemilik itu sudah seperti tidak kisah dengan kereta
mewahnya.
Para pekerjanya pula bersungguh-sungguh menjaga amanah
menggunakan kenderaan itu. Mereka memenuhi kepercayaan yang diberi dengan
mengendalikan berhati-hati.
Tambahan lagi, pasti tidak senang duduk apabila mahu
menggunakan kereta mewah itu untuk tujuan peribadi, kelak mata para pekerja
lain melihat. Ia menjadikan mereka dibawah radar.
Manusia yang hidup dibawah radar Tuhan, kemewahan tidak
menjadikan beliau kedekut malah mendekatkan diri dengan manusia lain. Kemurahan
yang diberi beralih tangan. Kesetian pekerja makin mendekat. Sungguh-sungguh
jadi tabiat kekal.
Pin !!
Bunyi hon dari belakang. Sebuah kenderaan mewah berada di
belakang. Kami menghalang jalan masuk ke rumah pemilik deretan kereta mewah
yang percaya pada zuhud bisnes.
Di sebalik cermin kelihatan wajahnya, senyuman manis ,
dan lambaian kecil.
Kami teruja.
**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**
**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**
No comments:
Post a Comment