Perjalanan pulang dari Pert ke Malaysia pada jam 7.00
pagi manjadikan Hawa tergesa-gesa pada hari itu. Mujur ada bantuan Asma, rakyat
Malaysia yang berkerja di sana, yang menghantarnya seawal pagi.
Malam sebelum itu, mereka sibuk mengasingkan daging ayam
yang sudah siap diperap ke dalam beberapa buah bekas sebelum dimasukkan ke
dalam peti sejuk. Seminggu lagi akan berlangsung karnival di tengah Bandar Pert.
Maka, daging yang diperap ini akan dijadikan sate untuk dijual kepada
pengunjung.
Kata Asma, “Menjual 20 ribu cucuk sate dalam seminggu
adalah tidak mustahil,”
Sate menjadi perbualan terakhir mereka berdua di rumahnya
sebelum Hawa berangkat pulang.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pert, sudah berbaris
panjang manusia dengan passport di tangan. Mereka mengambil penerbangan pulang
yang sama dengannya. Segera Hawa mengeluarkan passport dan memegang erat. Berada
di Negara orang, passport adalah nyawa. Tambahan lagi, kedatangan pertama
kalinya di situ disambut dengan soalan demi soalan yang meresahkan daripada
pegawai yang menjadi sempadan antara lapangan terbang dan Pert di luar.
Hawa cuba merangsang emosi yang masih belum tetap dalam
hati. Sambil menoleh ke arah pintu masuk melihat sama ada Asma masih ada di
sekitar lapangan terbang atau masih berlegar mencari parkir di luar.
Seorang wanita yang berada di baris hadapan hanya
mendiamkan diri apabila seorang tua sedang bercerita dengannya. Baris panjang
yang beratur bergerak ke hadapan . mereka bergerak dalam keadaan seolah-olah
ular dipalu, mengikut susunan barisan yg di tetapkan di situ.
Wanita di hadapan kini benar-benar berada bertentangan
Hawa. Lalu, Hawa memberi senyuman dan anggukan kecil kepada wanita itu. Balasan
yang diterima, tubuh yang statik, wajah curiga, garis lurus antara bibirnya. Hawa
berasa sejuk subuh bertukar panas hanya kerana respons itu.
Di balai berlepas, mesing-masing menunggu pintu dibuka. Mereka
melihat isi beg supaya tidak ada yang tertinggal sebelum menaiki kapal terbang.
Hawa membawa beg berisi hadiah teman-teman di Perth dan meletakkan disisi
kerusi. Sekali lagi, wanita itu duduk di kerusi yang betul-betul bersebelahan
Hawa.
Hawa member senyuman. Balasan yang diterima sama.
Senyuman Hawa tidak hilang, dia sabar menjaga senyuman
itu. Lalu dia mendekati wanita itu, betul-betul hamper mulutnya ke telinga
wanita itu, lalu dia berkata “Mulakan pagi kamu dengan senyuman.”
Hawa mengangkat begnya dan beralih tempat.
“Patutlah kerusi di situ kosong sejak tadi berbanding
kerusi lain. Sarapan mata yang tidak menyenangkan, malah menyakitkan hati,”
kata Hawa mengomel seorang diri.
Hawa menutup matanya mengingati senyuman yang di terima
pada pagi itu. Kelihatan senyuman perpisahan rakannya, Asma. Muncul senyuman
mengalu-alukan si paramugari di pintu masuk kapal terbang. Kemudian senyuman si
kecil yang melambai-lambai menunjukkan jari jemarinya yang kecil di kerusi
menunggu di hadapan. Satu per satu senyuman yang dingati.
Apa yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang
yang melihat. Itulah kehebatan disebalik senyuman. Ia dapat disifatkan sebagai
ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung pada rasa hati empunya
senyuman itu.
Senyuman adalah cop yang kekal lekat di ingatan penerima
kerana kekalnya senyum, maka ia menjadi modul teras dalamperniagaan. Orang mengingati
seluru wajah bermula dengan senyuman.
Mengapa senyuman begitu berkesan kepada manusia? Senyuman
mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Senyuman adalah
gambaran unsur-unsur akal, perasaan, dan kemahuan.
Kepentingannya membawa kepada perbincangan mendalam oleh
golongan ahli fikir awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, dan Hartly melalui
satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan
mereka.
Dari sudut kesihatan diri, senyuman merangsang otot-otot
wajah dan memberi kesegaraan dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut pada
wajah. Senyuman menyumbang kepada kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan
tenaga emosi yang berpusat dari dalam.
Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri
melalui nilai optimis, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagian
disekeliling. Pada masa sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati
orang lain kepada diri dengan nilai kepercayaan.
**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**
**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**
No comments:
Post a Comment