Sekiranya anda sedang membaca blog ini, ingin ku katakana padamu bahawa blog ini didedikasikan kepadamu,,Istimewanya dirimu, Tuhan takdirkan kita bertemu...
CERITA1
TEH PENGARUH, SEMAKIN DITEGUK,SEMAKIN DIINGATI..
Kami sudah berjiran hampir 2 tahun, tetapi jarang berbual lama.Kebetulan, hari tu cuti umum.Saya melihat dia duduk di hadapan rumah seorang diri.Lambaian tangan saya disambut dengan senyuman manis.Dia memanggil saya dengan bahasa tangannya.Itu pertama kali saya ke rumahnya selepas 2 tahun disini.Dia mempelawa saya menikmati segelas air suam yang dihidangkan.Saya yang datang sebagai tetamu di rumahnya pada petang itu berasa kekok dan janggal dengan layanan yang diberikan...Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?,,..Dia dapat melihat kejanggalan yang terpamer jelas pada wajah dan gerak tubuh saya..tapi dia senyum saja."jemputlah minum air tu," pelawanya tanpa mempedulikan respon saya. "mahu air teh ke? saya boleh sediakan.."Dia bertanya sambil melihat saya minum hampir separuh gelas air suam.saya mengangguk.:boleh sahaja"..dibuka pek yang mengandungi 12 uncang teh.Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan.Air panas dicurahkan perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya jelas kelihata.Saya pula, sudah tidak sabar menikmati teh yang dihidangkan.."silakan," dia mempelawa saya minum bersama..Sekali lagi saya berasa aneh dengan sikap jiran ini.Dia mempelawa minum teh, tetapi tidak dimasukkan sesudu gula sebagai pemanis.Mungkin dia menyangka tetamunya menghidap kencing manis..Jiran itu pun bertanya "mahu gula?"....."ya,sesudu pun sudah mencukupi" balasku."aduh,baru terasa enak hidangan ini" kata saya sambil menghirup perlahan-lahan."Sekiranya mahu rasa enak campurkan sedikit susu cair.ia tidak manis,tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan" pelawanya."ya,benar.Itulah resepi di warung-warung kopi" jawab ku.Selesai minum teh,kami kembali bercerita.Walaubagaimanapun kami lama berjiran,tetapi kami jarang bertemu muka.Makin lama makin dilupai sekiranya tidak bertegur sapa."Bagaimana cara supaya kita sentiasa diingati?" saya bertanya apabila mengenangkan sekiranya dia berpindah dan saya bertemu jiran baru selepas ini.Dia menjawab dengan bertanyakan soalan,"saya pelawa tetamu saya sekadar air suam, kemudian teh tanpa dula.Kemudian saya isikan gula dan sedikit susu cair.Apa perasaan saudari?" Saya menjawab "sudah pasti semakin lama semakin sedap.Mula-mula tawar, kemudian manis sedikit, dan rasa lemak susu cairnya," tangan kanan saya masih memegang cawan yang berisi. "Jiranku,begitulah diri kita diingati," katanya. Dahi saya berkerut,tidak memahami maksudnya."Bagaimana?"......"Ingatan seseorang dating daripada pelbagai sumber.Apabila diadun seimbang semua sumber itu,semakin kuat,matang, dan semakin mendalam ingatan itu.Ia tidak berdiri sendiri tanpa unsur-unsur lain yang melngkapi.Ingatan kita kepada seseorang yang kosong isinya, rasanya samalah dengan air suam tadi.Ingatan yang matang dan mantap isinya, samalah dengan secawan teh yang lengkap segala macam isinya," jawabnya panjang lebar.Saya bertanya dalam jenaka,"dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh ingatan?," Kemudian dia mengeluarkan sekeping kertas dan dilakarkan sebuah imej,sama seperti gelas.Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.Kemudian dia memberi tujuh pesanan penting kepada tetamunya sambil mengetuk mata pen pada lakarannya "ketahui lah saudaraku, ingatan kita kepada seseorang berkembang kerana adanya mana-mana ciri ini" karakter,gerak hati, rangkaian , kebolehan, pengalaman, rekod kejayaan, dan ilmu pengetahuan. Dia bertanya kembli,"masih ingat nama guru saudari di sekolah?" saya pun mengiyakan pertanyaan itu. "Mengapa kamu mengingati namanya sehingga sekarang?" "kerana dia menjadikan saya teruja dengan subjek sejarah yang saya minati.malah, sampai sekarang saya masih mengingati formula mengingati tarikh peristiwa subjek yang mereka ajar" Dia pun senyum"Bukankah kerana pengetahuannya menjadikan dia diingati sehingga sekarang?" soalnya lagi. Saya terdiam."Boleh saya bertanya lagi?" katanya. saya hanya menganguk sambil menghirup secawan teh yang dihidangkan."masih ingat siapa orang pertama yang menjejaki bulan?" "sudah pasti Neil Armmstrong!" jawabku dengan teruja. "kalau begitu, masih ingat kah orang pertama yang menciptakan telefon?" "Alexander Graham Bell"jawabku. "masih ingat siapakah Ibnu Sina?"
"Beliau adalah tokoh perubatan islam, yang dikenali sebagai Avicenna di Eropah. Buku rujukan perubatan beliau,(Al-Qanun Fit-Tibb) menjadi rujukan," "bagaimana kamu mengingati semua ini?"
"sudah pasti dengan kejayaan mereka". Yakin dengan jawapan yang saya berikan.Dia pun mengangguk.Dia pun kembali bersuara "Jiranku,dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Itu baru dua, belum selebihnya.Lihat dan renungkan.Pelajari dan ambil sebagai pelengkap.Muda-mudahan dalam diri berkembang menjadi pemudah cara hidup kita dan orang lain". Sebaris senyuman daripadanya yang menunjukkan keyakinan yang saya dapat melakukannya.Belum lama senyuman itu di bibirnya, cepat-cepat dia menyambung,"Ingatan itu tanda kita juga berpengaruh".
CERITA 2
SELANGKAH TERSILAP, MARA KE HADAPAN BERJASA
Dalam buku 30 strategi Membina Pengaruh ,ada di ceritakan bagaimana Abraham Lincoln mengubah persepsi orang lain berkenaan dirinya. Beliau membuat orang lain mengabaikan kesilapannya dan hanya mengingati kebaikannya. Cerita itu bermula dengan kisah Kolonel Scott, seorang komander pasukan tentera dalam Perang Saudara di Amerika. Pada suatu pagi, kapal yang dinaiki oleh isteri Scott terlibat dalam kemalangan. Isteri beliau mati lemas dalam kejadian itu. Scott membuat permohonan bagi bercuti supaya beliau dapat menghadiri pengkebumian isterinya dan melihat keadaan anak-anaknya. Situasi pada masa itu yang masih dalam peperangan menyebabkan permohonan Scott ditolak. Pertempuran yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja membuatkan kehadiran setiap pegawai diperlukan. Namun Scott yang baru kehilangan isterinya berasa beliau berhak mendapat cuti uang dimohonnya. Beliau kemudianya membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi. Rayuan beliau sampai kepada setiusaha peperangan iaitu Edward Stanton. Malangnya, Stanton juga menolak permohonan beliau atas alasan yang sama. Akhirnya, Stanton menemui Presiden Abraham Lincoln begi membuat rayuan sekali lagi. Scott adalah pelawat terakhir yang dibenarkan bertemu dengan Lincoln pada hari itu. Pada masa itu hari sudah malam. Scott lantas menceritakan masalahnya kepada Lincoln. Namun, secara tiba-tiba Lincoln naik angin lalu meluahkan perasaan beliau, "Adakah saya tidak perlu berehat? Apakah langsung tiada masa ataupun tempat yang mana saya dapat mengelakkan diri daripada permintaan demi permintaan yang tidak putus-putus? Mengapa kamu datang berjumpa saya kerana hal seperti ini? Mengapa kamu tidak pergi ke Jabatan Peperangan yang menguruskan hal-hal ini?" Scott yang terkejut dengan reaksi Lincoln yang diluar dugaannya kemudian menerangkan permohonannya ditolak oleh Stanton. Lincoln menyambung lagi kata-katanya, " Tidak sepatutnya saya menolak peraturan-peraturan dan keputusan-keputusan beliau. Ia mungkin menyebabkan malapetaka kepada gerakkan-gerakkan yang penting. Selain itu, kamu sepatutnya ingat, saya juga mempunyai tugas lain yang patut dilaksanakan. Mengapa kamu datang meminta belas kasihan daripada saya?" "Tidakkah kamu tahu kita sedang berperang? kesengsaraan dan kematian menekan kita semua. Kerja-kerja kemanusiaan yang kita lakukan dengan gembira pada masa aman kini semuanya dilanyak oleh peperangan. Tiada ruang langsung bagi semua itu. Hanya satu tugas yang ada sekarang iaitu berjuang!" tegas Lincoln. "Setiap keluarga disini sedang dilanda kesedihan, namun tidak sepatutnya setiap orang dating bertemu saya bagi mendapatkan pertolongan. Pergi ke Jabatan Peperangan. Urusan kamu disana," kata-kata terakhir Lincoln itu membuatkan Kolonel Scott pulang ke bereknya dengan perasaan muram.
Kisah diatas mungkin bertentangan dengan karekter Lincoln yang pernah kita dengar. Beliau seolah-olah langsung tidak mempunyai simpati kepada Scott yang baru kehilangan isterinya. Terdapat beberapa perkara yang dapat menjelaskan sebab Lincoln bertindak sedemikian. Perang yang tiada kesudahan, penderitaan dan kematian yang berlaku setiap hari adalah tanggungjawab berat yang perlu dipikulnya. Tambahan pula, beliau mungkin keletihan pada waktu Scott bertemu dengannya. Namun, Lincoln sedar itu semua tidak patut dijadikan alasan atas layanan kasarnya kepada Scott. Peristiwa pada keesokan harinya membuatkan Kolonel Scott lebih terkejut. Beliau terdengar seseorang mengetuk pintu lalu pergi membukannya. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau melihat Presiden Abraham Lincoln sedang berdiri di hadapannya. Lincoln memegang tangan Scott lalu berkata "semalam saya berlaku zalim tanpa sebarang alasan. Saya begitu letih, namun saya tidak berhak memberi kamu layanan yang kasar. Saya sunggu kesal dengan apa yang terjadi semalam dan kini saya datang untuk memohon maaf dari kamu" katanya. Lincoln turut memaklumkan beliau berbincang dengan Stanton supaya Scott dapat hadir ke majlis pengkebumian isterinya. Lincoln turut menghantar Scott ke kapal dengan menaiki kereta kudanya dan mengucapkan selamat jalan kepadanya. Sikap Lincoln pada hari itu benar-benar berbeza daripa hari sebelumnya. Namun, sikap itulah yang membuatkan Lincoln kekal sebagai salah seorang presiden paling berpengaruh dan diingati dalam sejarah Amerika.
CERITA 3
AYAH KAMI HARIMAU JADIAN
Tidak ada sesiapa gemar duduk di sebelahnya. Wajahnya tidak bengis tetapi perwatakan yang dibawanya cukup berbeza. Sekiranya diceritakan kepada orang, belum tentu orang dapat percaya. Bagaimana seorang lelaki dapat berbeza karekter di dalam dan di luar rumah.
Di rumah dia adalah ayah yang di geruni anak-anak. Di luar rumah dia disenangi oleh rakan-rakan kerana sikap ramahnya.
aneh bukan? Tetapi itulah ayah.
Pernah jiran di sebelah rumah dating menziarahi rumah. Kediamannya adalah rumah pangsa empat tingkat. Mereka menetap hanya sementara waktu. Rumah pangsa itu hanya ada lapan blok.
Apabila pintu rumah dibuka, ada dua pintu rumah lagi saling menghadap. Maksudnya setiap tingkat ada empat keluarga akan mengisi setiap rumah itu. Tidak ada yang bergelar bujang, melainkan yang berkeluarga. Itu adalah peraturan bagi yang menetap di rumah pangsa kakitangan kerajaan.
Pada hari itu, ayah diziarahi jiran disebelah rumah. Jiran selalu berasa hairan dengan keadaan rumah ayah. Jiran pun bertanya pada ayah,
"Dimana anak-anak kamu?"
Jawab ayah "Mereka ada di rumah..tak kemana pun,"
Jiran melihat dari ruang tamu, menjeling ke meja makan keluarga, dan memerhati ke laluan bilik, tidak ada seorang pun anak yang dimaksudkan ayah.
"sunyi sahaja keadaan, tidak ada pun " jawab jiran kembali.
Anak-anak ayah ada di rumah cuma mereka tidak bermain di ruang tamu, duduk menonton, mahupun di dapur sedang mencari makanan bagi mengalas perut pada waktu petang. Semuanya berada di satu tempat iaitu di bilik tidur mereka.
Anak yang sulung selalu merungut " ayah garang. apabila meminta sesuatu pasti mata tajamnya melihat ke arah kita.Sehingga apa yang kita mahu sudah seperti salah bila kita memintanya".
Rungutan anak sulung disokong pula dengan anak kedua " benar kata kamu. Bayangkan, kerana satu mata pelajaran sahaja yang corot dalam ujian, dia akan mencubit hingga mera kulit"
Anak kedua menggosok-gosok bulu yang tumbuh pada pipi dihadapan telinga apabila mengingatkan kembali amarah ayah.
Si bongsu mengingat kembali cubitan dan rotan si ayah apabila gelas yang di bawanya terketuk di dinding yang memisahkan ruang meja makan dan dapur. Gelas itu sumbing dan tidak dapat di gunakan lagi.
Ketiga-tiga adik-beradik ini buntu memikirkan kenapa sikap ayah begitu. Mereka takut setiap satu perkara yang dilakukan mendatangkan amarah ayah lagi. Maka, lebih baik mereka menjauhkan diri. Masing-masing mendiamkan diri sahaja dan tidak berbual dengan ayah.
"Ayah rakan-rakan kita tidak bersikap begitu. Mudah dianggap berbincang senang bergurau senda. Dapat berbual dan ketawa. Berbeza jika dibandingkan dengan ayah kita." kata anak sulung mengeluh mengenangkan ruginya mempunyai ayah seperti sekarang.
Dari tahun ke tahun mereka membesar dalam ketakutan. Takut berbuat kesalahan. Mereka menginjak menjadi dewasa dengan perasaan kepada ayah yang berbeza. Akhir sekali, tidak peduli bertukar menjadi kejauhan yang menjadikan mereka selesa berdikari hidup sendiri.
Anak sulung sudah berkerja dan mendirikan rumah tangga. Manakala dua lagi belum berkhawin. Seminggu sekali anak yang sulung akan pulang ke rumah. Tidak peduli itu tidaklah bermaksud tidak bertanya khabar kepada keluarga. Tidak peduli dalam fikiran tiga beradik adalah kurang bercerita perihal diri mereka kepada ayah di rumah. Melainkan dengan ibu, rancak berbual mesra.
Malam bulan Disember pada satu tahun, tiga beradik masing-masing sudah berusia 30-an menerima berita ayah yang garang sudah tidak garang lagi. Kegarangan ayah hanya akan jadi cerita berbual sesama mereka. Ayah sudah tidak ada lagi.
Malam itu, mereka bersama ibu di beranda rumah. Suasana rumah berlima sudah jadi berempat.
Pada malam itu, ibu berkongsi rasa kepada anak-anaknya."Selepas ini seorang diri sjalah ibu di rumah". Kata-kata yang terungkap bersama air mata yang bergenang.
Anak yang sulung mengosok-gosok belakang tubuh ibu supaya ibunya menjadi tenang. Dia cuba bergurau, "Ayah dahulu orangnya pun sunyi sahaja, kurang bercakap, sama sahaj, buka?". Ibunya menggeleng.
Anak kedua berasa hairan. "Ayah rancak bercakap? Tidak pernah pun kami berbual dengan ayah. Apa yang saya tahu, perkataan paling kerap kami sebut adalah meminta tanda tangan pada kad keputusan peperiksaan."
Si bongsu mengangguk. "Ayah, ini kad laporan ujian. Cikgu mahukan tandatangan penjaga. Ayah, minggu in perlu selesaikan yuran semester, ini senarai pembayaran. Ayah...." satu persatu ayat yang pernah disebut kepada ayah diulang kembali.
Anak sulung memandang ibunya, lama benar dia mahu bertanya, "Mengapa ayah begitu garang kepada anak-anaknya sendiri? Ayah orang lain kelihatan begitu mesra dengan anak-anak".
Ibu mendiamkan diri, menolak ke tepi naskha akbar dan gelas kosong diatas meja. Anak-anak yang lain membiarkan ibu menarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan.
Kata ibu "Kerana sayang, ayah jadi begitu kepada kamu semua"
"Bukankah kasih sayang itu berlembut dengan anak-anak?" anak kedua pula bersuara.
Ibu sudah semaki tenang dan melihat anak-anaknya, "Pernahkah kamu semua melihat kerinduan yang tidak pernah reda apabila kematian tiba?"
Tiga beradik melihat sesama sendiri. Mencari jawapan melalui renungan sesama mereka. Hampir tidak ada sehinggalah salah seorang bersuara.
"Saya teringat ada seorang rakan di sekolah yang menjadi aneh selepas ayanhnya disahkan meninggal dunia selepas menghidap barah pankreas. Dia adalah ketua kelas yang sangat ramah. Setiap pagi ayahnya akan menghantarnya betul-betul di depan pintu pagar sekolah. Apaabila pulang dari sekolah ayahnya suka menggosok-gosok kepalanya dan mencium dahinya. Saya sangat cemburu," si bongsu mengeluarkan kembali ceritanya.
Ibu menyambung kata, dia memandang anak bongsu, "Ayah rakan kamu itu mempamerkan kasih sayang dengan caranya dan ayah kamu pun mempamerkan kasih sayangdengan caranya"
"Maksudnya?" anak sulung sudah teruja mencari jawapan.
"Seawal perkhawinan, ketika kamu yang sulung berusia tiga tahun, ayah menemani kamu bermain. Ayah kemudian berkata kepada ibu, betapa dia bimbang pergi dalam keadaan anak-anak yang meronta-ronta sedih kerana kasih sayang yang menjadikan rasa tidak rela mengikat hati anak-anaknya," jawab ibu.
"Sehinggalah kamu berusia tujuh tahun, ayah mula bersikap tegas sehingga tersembunyi kasih sayangnya kepada kamu. Sedangkan sebelum itu, dia masih menjadi rakan permaianan kamu," sambung ibu.
"Ayah berbuat begitu supaya kita tidak terlalu meratapi pemergian. Harapan ayah apabila dia tegas, anak-anaknya menjadi biasa dengan pemergian yang sunyi kelak kerana itulah bayangan yang mahu diberi ketika dia ada," kata anak sulung.
Tiga beradik melihat kerusi malas yang mengikat pandangan ibu. Di sudut itu, kerusi tidak bergerak seperti dahulu, bayangan ayah seakan jelas muncul disitu. Kegarangan ayah adalah tinggalan kasih sayang kepada mereka. Hanya apabila difahami, barulah sikap itu memberi erti kepada mereka.
**cerita dari syurga,zamri mohamad, yusri yusop, haeqal zulqarnain(PTS)**
Friday, 14 June 2013
Friday, 7 June 2013
KAU YANG TERISTIMEWA..
Mungkin suatu ketika dahulu, pada zaman kanak-kanak, mungkin kita pernah terfikir tentang mengapa kita dijadi kan sebagai perempuan..Terselit fikiran jahat sebenarnya, bukankah mudah dilahirkan sebagai lelaki?. auratnya mudah dijaga,boleh membuat pelbagai aktiviti lasak kerana lelaki yang kuat sedangkan seorang perempuan dilahirkan lemah dan hanya membantu ibu di dapur dan melakukan pelbagai kerja rumah yang lain.....Namun Allah itu Maha Adil dan Mengetahui.Dia yang menyusun atur kehidupan hambanya.Jika dilihat kembali betapa mulianya menjadi seorang perempuan, tentu anda bersyukur kerana dijadikan sebagai seorang seorang perempuan ...oleh itu bergembiralah di jadikan seorang perempuan...mengapa???? sebenarnya ada banyak sebab megapa kita perlu bersyukur sebagi seorang perempuan..so jom baca sama-sama..
* DOA LEBIH MAKBUL
Sifat penyayang yang ada pada seorang perempuan menyebabkan doa seorang perempuan menjadi lebih makbul daripada seorang lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lagi penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak sia-sia ".
*MAMPU MENGANDUNG
Hanya perempuan yang Allah kurniakan rahim untuk mengandung dan membesarkan janin dalam perutnya. Sesungguhnya perempuan yang mempunyai ramai anak adalah perempuan yang mulia kerana menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW. "Khawinilah seorang perempuan yang keturunan anak ramai,sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah " (Riwayat Abu Daud dan Nasai)
*DIJANJIKAN SYURGA
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu ia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
*DAHULUKAN ANAK PEREMPUAN
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
*GEMBIRAKAN ANAK PEREMPUAN
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentisa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
*PENGHALANG API NERAKA
Daripada Aisyah r.a :"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuanya, lalu ia bersabar dan berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
*DARJAT YANG TINGGI
Darjat perempuan solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.Seorang perempuan solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
*UTAMAKAN IBUMU
Apabila memnggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka dahulukan menjawab panggilan ibu mu.
*PAHALA KERJA RUMAH
* DOA LEBIH MAKBUL
Sifat penyayang yang ada pada seorang perempuan menyebabkan doa seorang perempuan menjadi lebih makbul daripada seorang lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lagi penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak sia-sia ".
*MAMPU MENGANDUNG
Hanya perempuan yang Allah kurniakan rahim untuk mengandung dan membesarkan janin dalam perutnya. Sesungguhnya perempuan yang mempunyai ramai anak adalah perempuan yang mulia kerana menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW. "Khawinilah seorang perempuan yang keturunan anak ramai,sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah " (Riwayat Abu Daud dan Nasai)
*DIJANJIKAN SYURGA
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu ia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
*DAHULUKAN ANAK PEREMPUAN
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
*GEMBIRAKAN ANAK PEREMPUAN
*PENGHALANG API NERAKA
Daripada Aisyah r.a :"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuanya, lalu ia bersabar dan berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
*DARJAT YANG TINGGI
Darjat perempuan solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.Seorang perempuan solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
*UTAMAKAN IBUMU
Apabila memnggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka dahulukan menjawab panggilan ibu mu.
*PAHALA KERJA RUMAH
Rajin-rajinkan dirimu melakukan kerja rumah, tetapi perlulah dengan ikhlas. Perempuan yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah. Perempuan yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezkinya.
Perempuan yang memerah susu binatang dengan "Bismillah"akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
RAJA MONGKUT
**HALKAN DASAR-DASAR DALAM NEGERI DAN LUAR NEGERI RAJA MONGKUT
**SEJAUH MANAKAH RAJA MONGKUT BERJAYA DALAM MENGATASI MASALAH-MASALAH NEGERINYA?
Dengan kematian Rama III pada tahun 1851,tempatnya diambil oleh Mongkut atau Rama IV yang memerintah dari tahun 1851-1868 dengan gelaran Putera Mahkota Yang Mulia.Mongkut adalah seorang yang bijak telah lama menjadi sami budha dan ketika itulah dia mempelajari ilmu-ilmu yang berguna seperti ilm sains, bahasa-bahasa asing, ilmu falak dan lain-lain lagi yang menjadikannya sebagai seorang raja yang berfikiran jauh.
Siam terhutang budi kepada Raja Mongkut kerana kebijaksanaan dan sikapnya telah menyelamatkan Siam daripada ditakluki oleh kuasa-kuasa asing yang kebetulan pada masa itu sedang meluaskan dasar imperialism masing-masing.
Semasa pemerintahnnya, Mongkut banyak sekali mmperkenalkan pemodenan dalam dasar luar dan dalam negeri Siam.Berbagai-bagai perubahan dijalankan untuk memodenkan Siam selaras dengan sistem pntadbiran barat.
Dalam pentadbirannya, baginda mengambil penasihat-penasihat Eropah khasnya orang-orang inggeris untuk berkidmat dalam berbagai jawatan dalam negerinya seperti syabandar, pegawai-pegawai polis dan pendidik.Terdapat juga pegawai-pegawai asing lain yang diambil contohnya dari Perancis yang bertugas menyusun semula angkatan perang Mongkut dan dari Amerika bagi menguruskan perkhidmatan kastam.
Dalam bidang social pula, jalan-jalan raya dibina dan dibaiki.Dari segi pelajaran, baginda menggalakkan pelajaran kepada rakyatnya khususnya pelajaran barat.Baginda mendesak mubaligh-mubaligh menyebarkan pngetahuan mereka da membuat terjemahan dalam berbagai bidang pengajian.Baginda bersahabat baik dengan mubaligh-mubaligh dan memberikan mereka Tanah serta membiyai untuk pembinaan gereja di negerinya.
Dalam bidang perdagangan pula tiga langkah diambil untuk menarik minat pedagang-pedagang dan duta-duta asing iaitu :-
a)Mengurangkan cukai terhadap barang-barang
b)Mengizinkan eksport beras jika Siam mempunyai bekalan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun
c)Mengizinkan candu dibawa masuk ke Siam dibawa kawalan yang sangat ketat.
Pada tahun 1861, baginda membuat kilang mencetak wang perak sebagai mata wang Siam yang sah. Walau bagaimanapun pada dasar pemerintahn Mongkut, ekonomi Siam pada ketika itu terletak dibawa kekuasaan asing kerana Siam sangat bergantung kepada perdagangan asing.
Meninjau dasar luar negerinya pula, Raja Mongkut menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa-kuasa Barat yang ada menunjukan minat terhadap negaranya.Ini dapat dilihat daripada cara-cara Mongkut melayani pegawai-pegawai asing ke negerinya yang berlainan sama sekali dengan layanan yang di berikan oleh Rama III. Pada tahun 1885 kerajaan inggeris diminta menanda tangani perjanjian baru dengan inggeris.Perjanjian itu dinamakan Perjanjian Bowring 1885 yang mengandungi syarat-syarat berikut :-
a)Cukai keatas import-import Inggeris dihadkan kepada 3% mengikut kadar.
b)Rakyat Inggeris boleh menyewa atau membeli Tanah dalam lingkungan empat batu dari ibu kota.
c)Candu boleh diimport ke Siam tetapi dibawa kawalan yang ketat.
d)Inggeris diberikan hak-hak pedalaman
e)Seorang konsol inggeris ditempatkan di Bangkok untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan raja Siam.
selain daripada Inggeris,negara-negara Barat yang lain turut sama menandatangani perjanjian dengan siam,misalnya Perancis dan Amerika Syarikat pada tahun 1856,Denmark dan Portugal pada tahun 1859,Belanda pada tahun 1860,Prussia pada tahun 1862,Jerman 1872 dan Belgium,Italy,Norway dan Sweden pada tahun 1868.
Pendeknya Raja Mongkut telah membukakan negaranya kepada kuasa-kuasa barat melalui persahabatan,kecuali dengan Perancis kerana Perancis mempunyai minat terhadap perluasan kuasa ke atas wilayah-wilayah yang terletak di Barat Vietnam.
Pada keseluruhannya dasar Mongkut sangat sesuai dan benar-benar menepati zamannya.Langkah-langkahnya menjadikan Siam terselamat daripada penjajahan Barat yang memang menaruh minat ke atas Negara-Negara di Asia Tenggara.Sifat inilah yang membezakan Siam daripada Negara-Negara jirannya yang dijajah oleh Barat kemudiannya.Perlaksanaan-perlaksanaan baru ini juga telah membuka jalan bagi siam menuju ke arah permodenan.
isi-isi jawapan
(1) Mongkut memerintah (1851-1868)dengan gelaran Putera Mahkota Yang Mulia.
(2) Seorang raja yang bijak dan berpengetahuan luas.
(3) Dalam pentadbirannya,beliau mengambil penasihat-penasihat Eropah yang khas untuk berkhidmat sebagai Shahbandar,polis dan pendidik.
(4) Di bidang social:
(a) membina jalan-jalan raya.
(b) meluaskan pelajaran moden.
(c) membenarkan mubaligh-mubaligh kristian menyebarkan agama dan pelajaran Inggeris.
(5) Di bidang ekonomi:
(a) mencetak wang pada 1861.
(b) menggalakkan pedagang dengan mengurangkan cukai,mengizinkan eksport beras dan candu.
(6) Dalam dasar luar negerinya Mongkut berbaik-baik dengan Inggeris,menandatangani perjanjian bowring dengan syarat-syarat seperti:
(a) cukai import Inggeris dihadkan kepada 3%.
(b) Rakyat Inggeris dibenarkan menyewa atau membeli Tanah.
(c) Import candu dibenarkan
(d) Inggeris diberikan hak-hak undang-undang.
(e) residen Inggeris ditempatkan di Bangkok.
(7) Perjanjian juga ditandatangani dengan negeri-negeri Eropah yang lain.

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW..
Nabi Muhammad SAW mempunyai 11 orang isteri semuanya iaitu :
1-Khadija Binti Khuwalid
2-Sauda Binti Zam'ah
3-A'isyah Binti Abu Bakar
4-Hafsa binti Umar
5-Zainab Binti Khuzaimah
6-Ummu Salamah
7-Ummu Habibah
8-Juwairiyah Binti Harith
9-Maimunah Binti Harith
10-Sofiyah Binti Huyai
11-Zainab binti Jahsy
1-Khadija Binti Khuwalid
2-Sauda Binti Zam'ah
3-A'isyah Binti Abu Bakar
4-Hafsa binti Umar
5-Zainab Binti Khuzaimah
6-Ummu Salamah
7-Ummu Habibah
8-Juwairiyah Binti Harith
9-Maimunah Binti Harith
10-Sofiyah Binti Huyai
11-Zainab binti Jahsy
Thursday, 6 June 2013
SAHABAT...
Dalam hidup ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tapi dalam kita bersendirian kita beruntung kerana kita mempunyai seorang sahabat yang memahami kita,sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering lupa akan hal itu..Kita cuma mengambil kira tentang hal dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya..dan kita juga tidak memberi peluang untuk dia jelaskan perkara sebenarnya kepada kita...Bagi kita, itu hanyalah alasannya unutuk menutup kesilapan dan membela diri...Tapi kita lupa yang kita juga pernah membuatnya ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tak ditepati.Kita beri seribu alasan,,,'memaksa' dia menerima alasan yang kita cipta sendiri....Waktu itu, TERFIKIRKAH kita tentang perasaannya? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa berada di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia mendengar luahan perasaan kita.Segala rasa ketakutan dan kecewa, harapan dan impian kita luahkan.Bila terkeliru, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Sebelumnya, kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsikan dengan kita.Pernah kita memberikan dia ruang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya rasa takutnya? pernahkah kita memberi dia semangat seperti mana dia memberi kita semangat dan dorongan?ikhlaskah kita medengar tentang kejayaan dn berita gembiranya?mampukah kita menjadi sumber kekuatan kepada dia seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita terasa kecewa dan menyerah kalah? dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar ketika dia berasa lemah agar tidak rebah? bolehkah kita dijadikan bahu untuk dia sandarkan harapan? sesekali,jadilah seorang kawan atau sahabat daripada yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan...kerana dia juga seorang manusia,dia juga ada rasa takut dan bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan , dan dia juga perlukan kawan sebagai sumber kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.Kita mungkin selalu melihat dia ketawa gembira,tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Disebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu....tapi kita CUBA jadi sahabat seperti dia.....mungkin kita akan tahu...
6 BAHASA CINTA AYAH & ANAK PEREMPUAN
1-KOMUNIKASI TERBUKA
**Adakala komunikasi antara ayah dan anak perempuan mempunyai batasan tersendiri.Padahal, bukankah ayah merupakan lelaki pertamayang dikenali oleh kita? untuk anda mengenali seseorang lelaki, anda juga akan melihat ciri-ciri yang ada pada ayah and.Mungkin kerana karakter positif dan ciri-ciri seorang lelaki berimanyang ayah anda miliki membuatkan anda ingin memiliki suami seperti itu.Jadi, bagaimanakah anda membina hubungan yang harmoni antara ayah dan anda? Artikel ini mungkin sesuai ditujukan kepada ayah anda dan untuk anda baca sebagai panduan.
2-BERBICARA SECARA TERBUKA
**Anda perlu berbicara dengan ayah anda secara terbuka.Bukankah usia anda sudah meniti ke alam remaja? tiada apa yang perlu disorok kan daripada pengetahuan seorang ayah..seperti admin ni, sejak mak tiada, segalanya adalah ayah.dia lah sakit, dialah penawar, dia juga sahabat dan seorang pendegar yang sangat setia..ceritakan saja dan usah pendam seorang diri.Ingatlah..ayah anda yang akan memikul segalanya sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri anda.Seorang ayah pula, jangan lah menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anak..Bukan tak boleh, tapi guna lah kekerasan itu sebagai tanda kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak.Sebaik-baiknyah ajak lah anak-anak anda berfikir secara rasional dalam nada yang tenang.Sebagai anak gadis, anda akan rasa sangat dihormati kerana seorang ayah juga turut menghormati ayahnya...secara tak langsung anda akan bersedia menerima teguran dan bersedia untuk berubah.
3-BERDIKARI
Berani bertanggungjawab atas apa yang anda buat dan atas apa jalan yang anda pilih.Ayah hanya akan memberikan pandangan dan pilihan,tetapi anda yang akan membuat keputusan untuk diri anda.Cuma apa yang penting admin, nak nasihatkan sikit,yang penting hormati juga keputusan ayah anda sekiranya perkara tersebut jelas memberikan kebaikan pada diri anda dan masa hadapan anda..
4-LAYAN SESUAI DENGAN USIA
Anda tentu gemar jika ayah anda melayan anda mengikut usia anda..Tentu saja anda tidak suka jika ayah anda melayan anda seperti kanak-kanak selamanya.Oleh itu biarlah anda membesar dengan semula jadi dan memegang tanggungjawab yang sememangnya perlu dipikul dalam usia anda.Dengan demikian tentu anda akan belajar menghargai diri sendiri.Semakin banyak tanggungjawab maka ayah anda akan semakin meyakini yang anak gadisnya telah remaja dan mampu menggalas tugasan yang diberikan.
5-PAMERKAN RASA HORMAT
Seorang ayah perlu menunjukkan rasa hormatnya kepada keluarganya.Perlu tunjuk bahawa dia menghormati ibu anda, juga meng hormati anak-anaknya.Secara tidak langsung anda sebagai anak gadisnya akan memilih rakan atau pasangan yang memang menghargai perempuan.
6-ZAHIRKAN KASIH SAYANG
Usah segan meluahkan rasa sayang kepada ayah anda ,begitu juga terhadap anak gadisnya.Walaupun ada batasan yang perlu dipatuhi oleh ayah terhadap anak gadisnya yang sudah akil baligh, namun zahirkannya secara semula jadi.Bentuk interaksi dan kasih sayang yang tulus ikhlas dan jadikan anda percaya kepada ayah sebagai orang tua dan juga sebagai rakan.
7-AJAR PRINSIP DIRI
Sebagai perempuan kita perlu ada prinsip yang teguh supaya seseorang itu boleh menghargai atau menghormati kita sebagai seorang muslimah yang sejati.Seorang ayah tidak akan mampu menjaga anaknaya 24 jam, namun bekalkan ajaran prinsip diridari seorang ayah,pasti anda mampu membawa diri dan tidak terpedaya oleh kawan-kawan lain dan anda akan terlatih menjadi perempuan yang matang dengan prinsip hidup yang kuat.Inilah warisan berharga yang akan selalu dipegang dan insyaallah menjadi pedoman diri buat para gadis.
**MAJALAH DARA**
Tuesday, 4 June 2013
Usah Percaya Mitos Diet
Hai semua....untuk first time ni admin nk kongsi sedikit tentang mitos diet.sebenrnye,admin dapat ni pun dari sebuah majalah yang terkenal kat Malaysia ni...so,enjoy it....
1)TELUR
ramai yang mengatakan makan telur terlalu banyak boleh meningkatkan kolestrol.Sama ada telur rebus,telur goreng,telur separuh masak mahupun telur mentah.Untuk pengetahuan anda semua wahai pembaca yang dikasihi,kolestrol yg ada dalam telur boleh divariasikan apabila masuk dalam badan kita.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin D, B12, rendah kalori dan beberapa nutrisi lain.
2)MAKANAN RENDAH LEMAK
Ingin cepat kurus,,nak lebih kan makanan rendah lemak...Pemikiran andah SALAH sama sekali.Jika ini pola makanan harian anda pada waktu pagi,petang dan malam...saya nasihatkan agar ubah atu tukar kepada yang lebih sihat.Bijirin ,yogurt, dan snek yg sedap sebenarnya mengandungi tinggi kalori.Untuk mendapatkan berat yang ideal, apakata anda mengambil makanan yg rendah kandungan gulanya..ianya lebih baik daripada mitos yang anda cipta ni.
3)MAKAN SEHARI SEKALI??
Memang benar jika anda makan banyak dalam sehari, berat badan akan naik mendadak.TAPI, apakah makanan yang anda ambil? untuk berdiet anda perlu menyeimbangkan pengambilan kalsium,protein,vitamin dan karbohidrat.Jika makan sehari sekali dengan konsumsi kalori yang tinggi,maka sia-sia lah usaha anda.
4)TIDAK BERSARAPAN
Jangan sesekali anda turut kan mitos ini..Tahukah anda, tanpa sarapan pagi , anda berisiko mengalami gangguan emosi dan hilang focus ketika berkerja dan belajar.Ini disebabkan kekurangan gula dalam darah.Makanan kecil dan ringan tidak sesuai dijadikan menu wajib setiap pagi.Lapar pada waktu pagi akan menyebabkan anda akan makan terlalu banyak ketika tengahari.Program diet anda sudah tentu tidakmenjadi.
5)AIR KOSONG
Banyakkan minum air kosong memang baik untuk kesihatan dalaman badan teutamanya selepas makan.Manakala minuman yang berais perlu dielakkan agar makanan yang masuk ke dalam badan mudah larut.Namun begitu....jangan pula minum air kosong 24 jam setiap hari tanpa pengambilan gula ynag seimbang.Ini kerana badan manusia juga memerlukan gula untuk menambah tenaga.
6)TOLAK NASI
Diet ini sudah dipraktiskan ramai gadis diluar sanadengan harapan ,tanpa makan nasi, berat badan akan turun cepat.Tahukah anda nasi juga mempunyai nutrisi penting yang diperlukan oleh badan kita,terutamanya sebagai sumber karbohidrat.tanpanya, badan anda tidak akan bertenaga dan mengurangkan simulasi hormone serotonin yang membuatkan anda rasa bahagia.
7) MAKAN SELEPAS BERSENAM
Anda sanggup bersenam ketika lapar?? Tolong hindari amalan tidak sihat ini.Tiada kajian fakta yang mengatakan perkara sedemikian boleh membakar lemak dengan cepat.Anda perlu ingat, sekiranya anda bersenam dengan perut yang kosong, lemak dalam badan memang akan terbakar dengan cepat tetapi anda akan mudah gemuk kerana makan terlalu banyak selepas itu.Selain itu, aktiviti bersenam anda juga akan menjadi lebih intensif disebabkan kurang tenaga.
8) MENGIKUT GENETIK
"Ibu dan ayah saya gemuk sebab tu aku juga gemuk.Sudah di takdirkan genetic aku begitu." Jangan sesekali salahkan takdir Allah swt. Siapa yang akan megubah diri kita kalau bukan kita sendiri...Walaupun anda dilahirkan dalam keluarga begitu,anda masih boleh memiliki bentuk badan yang cantik seperti gadis lain.Tanamkan niat yang baik,semestinya Yang Maha Esa akan membantu..
#Jadi macam mana??? masih nak terus percaya dengan mitos yang anda cipta sendiri???Mulai saat ini,detik ini,,, dan sekarang juga...rileks kan badan anda, fikiran anda dan emosi anda..fikir yang logik..Insyaallah,semuanya menjadi mudah..:)

Subscribe to:
Posts (Atom)