Thursday, 6 June 2013

6 BAHASA CINTA AYAH & ANAK PEREMPUAN



1-KOMUNIKASI TERBUKA

**Adakala komunikasi antara ayah dan anak perempuan mempunyai batasan tersendiri.Padahal, bukankah ayah merupakan lelaki pertamayang dikenali oleh kita? untuk anda mengenali seseorang lelaki, anda juga akan melihat ciri-ciri yang ada pada ayah and.Mungkin kerana karakter positif dan ciri-ciri seorang lelaki berimanyang ayah anda miliki membuatkan anda ingin memiliki suami seperti itu.Jadi, bagaimanakah anda membina hubungan yang harmoni antara ayah dan anda? Artikel ini mungkin sesuai ditujukan kepada ayah anda dan untuk anda baca sebagai panduan.

2-BERBICARA SECARA TERBUKA

**Anda perlu berbicara dengan ayah anda secara terbuka.Bukankah usia anda sudah meniti ke alam remaja? tiada apa yang perlu disorok kan daripada pengetahuan seorang ayah..seperti admin ni, sejak mak tiada, segalanya adalah ayah.dia lah sakit, dialah penawar, dia juga sahabat dan seorang pendegar yang sangat setia..ceritakan saja dan usah pendam seorang diri.Ingatlah..ayah anda yang akan memikul segalanya sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri anda.Seorang ayah pula, jangan lah menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anak..Bukan tak boleh, tapi guna lah kekerasan itu sebagai tanda kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak.Sebaik-baiknyah ajak lah anak-anak anda berfikir secara rasional dalam nada yang tenang.Sebagai anak gadis, anda akan rasa sangat dihormati kerana seorang ayah juga turut menghormati ayahnya...secara tak langsung anda akan bersedia menerima teguran dan bersedia untuk berubah.

3-BERDIKARI

Berani bertanggungjawab atas apa yang anda buat dan atas apa jalan yang anda pilih.Ayah hanya akan memberikan pandangan dan pilihan,tetapi anda yang akan membuat keputusan untuk diri anda.Cuma apa yang penting admin, nak nasihatkan sikit,yang penting hormati juga keputusan ayah anda sekiranya perkara tersebut jelas memberikan kebaikan pada diri anda dan masa hadapan anda..

4-LAYAN SESUAI DENGAN USIA

Anda tentu gemar jika ayah anda melayan anda mengikut usia anda..Tentu saja anda tidak suka jika ayah anda melayan anda seperti kanak-kanak selamanya.Oleh itu biarlah anda membesar dengan semula jadi dan memegang tanggungjawab yang sememangnya perlu dipikul dalam usia anda.Dengan demikian tentu anda akan belajar menghargai diri sendiri.Semakin banyak tanggungjawab maka ayah anda akan semakin meyakini yang anak gadisnya telah remaja dan mampu menggalas tugasan yang diberikan.

5-PAMERKAN RASA HORMAT

Seorang ayah perlu menunjukkan rasa hormatnya kepada keluarganya.Perlu tunjuk bahawa dia menghormati ibu anda, juga meng hormati anak-anaknya.Secara tidak langsung anda sebagai anak gadisnya akan memilih rakan atau pasangan yang memang menghargai perempuan.

6-ZAHIRKAN KASIH SAYANG

Usah segan meluahkan rasa sayang kepada ayah anda ,begitu juga terhadap anak gadisnya.Walaupun ada batasan yang perlu dipatuhi oleh ayah terhadap anak gadisnya yang sudah akil baligh, namun zahirkannya secara semula jadi.Bentuk interaksi dan kasih sayang yang tulus ikhlas dan jadikan anda percaya kepada ayah sebagai orang tua dan juga sebagai rakan.

7-AJAR PRINSIP DIRI

Sebagai perempuan kita perlu ada prinsip yang teguh supaya seseorang itu boleh menghargai atau menghormati kita sebagai seorang muslimah yang sejati.Seorang ayah tidak akan mampu menjaga anaknaya 24 jam, namun bekalkan ajaran prinsip diridari seorang ayah,pasti anda mampu membawa diri dan tidak terpedaya oleh kawan-kawan lain dan anda akan terlatih menjadi perempuan yang matang dengan prinsip hidup yang kuat.Inilah warisan berharga yang akan selalu dipegang dan insyaallah menjadi pedoman diri buat para gadis.

**MAJALAH DARA**




2 comments: