Friday, 7 June 2013

RAJA MONGKUT

**HALKAN DASAR-DASAR DALAM NEGERI DAN LUAR NEGERI RAJA MONGKUT

**SEJAUH MANAKAH RAJA MONGKUT BERJAYA DALAM MENGATASI MASALAH-MASALAH NEGERINYA?

Dengan kematian Rama III pada tahun 1851,tempatnya diambil oleh Mongkut atau Rama IV yang memerintah dari tahun 1851-1868 dengan gelaran Putera Mahkota Yang Mulia.Mongkut adalah seorang yang bijak telah lama menjadi sami budha dan ketika itulah dia mempelajari ilmu-ilmu yang berguna seperti ilm sains, bahasa-bahasa asing, ilmu falak dan lain-lain lagi yang menjadikannya sebagai seorang raja yang berfikiran jauh.

Siam terhutang budi kepada Raja Mongkut kerana kebijaksanaan dan sikapnya telah menyelamatkan Siam daripada ditakluki oleh kuasa-kuasa asing yang kebetulan pada masa itu sedang meluaskan dasar imperialism masing-masing.

Semasa pemerintahnnya, Mongkut banyak sekali mmperkenalkan pemodenan dalam dasar luar dan dalam negeri Siam.Berbagai-bagai perubahan dijalankan untuk memodenkan Siam selaras dengan sistem pntadbiran barat.

Dalam pentadbirannya, baginda mengambil penasihat-penasihat Eropah khasnya orang-orang inggeris untuk berkidmat dalam berbagai jawatan dalam negerinya seperti syabandar, pegawai-pegawai polis dan pendidik.Terdapat juga pegawai-pegawai asing lain yang diambil contohnya dari Perancis yang bertugas menyusun semula angkatan perang Mongkut dan dari Amerika bagi menguruskan perkhidmatan kastam.

Dalam bidang social pula, jalan-jalan raya dibina dan dibaiki.Dari segi pelajaran, baginda menggalakkan pelajaran kepada rakyatnya khususnya pelajaran barat.Baginda mendesak mubaligh-mubaligh menyebarkan pngetahuan mereka da membuat terjemahan dalam berbagai bidang pengajian.Baginda bersahabat baik dengan mubaligh-mubaligh dan memberikan mereka Tanah serta membiyai untuk pembinaan gereja di negerinya.

Dalam bidang perdagangan pula tiga langkah diambil untuk menarik minat pedagang-pedagang dan duta-duta asing iaitu :-
  a)Mengurangkan cukai terhadap barang-barang
  b)Mengizinkan eksport beras jika Siam mempunyai bekalan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun
  c)Mengizinkan candu dibawa masuk ke Siam dibawa kawalan yang sangat ketat.

Pada tahun 1861, baginda membuat kilang mencetak wang perak sebagai mata wang Siam yang sah. Walau bagaimanapun pada dasar pemerintahn Mongkut, ekonomi Siam pada ketika itu terletak dibawa kekuasaan asing kerana Siam sangat bergantung kepada perdagangan asing.

Meninjau dasar luar negerinya pula, Raja Mongkut menjalankan dasar berbaik-baik  dengan  kuasa-kuasa Barat yang ada menunjukan minat terhadap negaranya.Ini dapat dilihat daripada cara-cara Mongkut melayani pegawai-pegawai asing ke negerinya yang berlainan sama sekali dengan layanan yang di berikan oleh Rama III. Pada tahun 1885 kerajaan inggeris diminta menanda tangani perjanjian baru dengan inggeris.Perjanjian itu dinamakan Perjanjian Bowring 1885 yang mengandungi syarat-syarat berikut :-
a)Cukai keatas import-import Inggeris dihadkan kepada 3% mengikut kadar.
b)Rakyat Inggeris boleh menyewa atau membeli Tanah dalam lingkungan empat batu dari ibu kota.
c)Candu boleh diimport ke Siam tetapi dibawa kawalan yang ketat.
d)Inggeris diberikan hak-hak pedalaman
e)Seorang konsol inggeris ditempatkan di Bangkok untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan raja Siam.

   selain daripada Inggeris,negara-negara Barat yang lain turut sama menandatangani perjanjian dengan siam,misalnya Perancis dan Amerika Syarikat pada tahun 1856,Denmark dan Portugal pada tahun 1859,Belanda pada tahun 1860,Prussia pada tahun 1862,Jerman 1872 dan Belgium,Italy,Norway dan Sweden pada tahun 1868.
     Pendeknya Raja Mongkut telah membukakan negaranya kepada kuasa-kuasa barat melalui persahabatan,kecuali dengan Perancis kerana Perancis mempunyai minat terhadap perluasan kuasa ke atas wilayah-wilayah yang terletak di Barat Vietnam.
     Pada keseluruhannya dasar Mongkut sangat sesuai dan benar-benar menepati zamannya.Langkah-langkahnya menjadikan Siam terselamat daripada penjajahan Barat yang memang menaruh minat ke atas Negara-Negara di Asia Tenggara.Sifat inilah yang membezakan Siam daripada Negara-Negara jirannya yang dijajah oleh Barat kemudiannya.Perlaksanaan-perlaksanaan baru ini juga telah membuka jalan bagi siam menuju ke arah permodenan.

isi-isi jawapan

(1)  Mongkut memerintah (1851-1868)dengan gelaran Putera Mahkota Yang Mulia.
(2)  Seorang raja yang bijak dan berpengetahuan luas.
(3)  Dalam pentadbirannya,beliau mengambil penasihat-penasihat Eropah yang khas untuk berkhidmat sebagai Shahbandar,polis dan pendidik.
(4)  Di bidang social:
       (a)  membina jalan-jalan raya.
       (b)  meluaskan pelajaran moden.
       (c)   membenarkan mubaligh-mubaligh kristian menyebarkan agama dan pelajaran Inggeris.
(5)  Di bidang ekonomi:
        (a)  mencetak wang pada 1861.
        (b)  menggalakkan pedagang dengan mengurangkan cukai,mengizinkan eksport beras dan candu.
(6)  Dalam dasar luar negerinya Mongkut berbaik-baik dengan Inggeris,menandatangani perjanjian bowring dengan syarat-syarat seperti:
        (a)  cukai import Inggeris dihadkan kepada 3%.
        (b)  Rakyat Inggeris dibenarkan menyewa atau membeli Tanah.
        (c)   Import candu dibenarkan
        (d)   Inggeris diberikan hak-hak undang-undang.
        (e)   residen Inggeris ditempatkan di Bangkok.
(7)  Perjanjian juga ditandatangani dengan negeri-negeri Eropah yang lain.

No comments:

Post a Comment