Friday, 7 June 2013

KAU YANG TERISTIMEWA..

Mungkin suatu ketika dahulu, pada zaman kanak-kanak, mungkin kita pernah terfikir tentang mengapa kita dijadi kan sebagai perempuan..Terselit fikiran jahat sebenarnya, bukankah mudah dilahirkan sebagai lelaki?. auratnya mudah dijaga,boleh membuat pelbagai aktiviti lasak kerana lelaki yang kuat sedangkan seorang perempuan dilahirkan lemah dan hanya membantu ibu di dapur dan melakukan pelbagai kerja rumah yang lain.....Namun Allah itu Maha Adil dan Mengetahui.Dia yang menyusun atur kehidupan hambanya.Jika dilihat kembali betapa mulianya menjadi seorang perempuan, tentu anda bersyukur  kerana dijadikan sebagai seorang seorang perempuan ...oleh itu bergembiralah di jadikan seorang perempuan...mengapa???? sebenarnya ada banyak sebab megapa kita perlu bersyukur sebagi seorang perempuan..so jom baca sama-sama..

    *  DOA LEBIH MAKBUL    
 

Sifat penyayang yang ada pada seorang perempuan menyebabkan doa seorang perempuan menjadi lebih makbul daripada seorang lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lagi penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak sia-sia ".

*MAMPU MENGANDUNG

Hanya perempuan yang Allah kurniakan rahim untuk mengandung dan membesarkan janin dalam perutnya. Sesungguhnya perempuan yang mempunyai ramai anak adalah perempuan yang mulia kerana menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW. "Khawinilah seorang perempuan yang keturunan anak ramai,sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah " (Riwayat Abu Daud dan Nasai)

*DIJANJIKAN SYURGA

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu ia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

*DAHULUKAN ANAK PEREMPUAN

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

   *GEMBIRAKAN ANAK PEREMPUAN
 
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentisa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

*PENGHALANG API NERAKA

Daripada Aisyah r.a :"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuanya, lalu ia bersabar dan berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

*DARJAT YANG TINGGI                 

Darjat perempuan solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.Seorang perempuan solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


*UTAMAKAN IBUMU

Apabila memnggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka dahulukan menjawab panggilan ibu mu.

 *PAHALA KERJA RUMAH      
 
Rajin-rajinkan dirimu melakukan kerja rumah, tetapi perlulah dengan ikhlas. Perempuan yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu  lantai di Baitullah. Perempuan yang menguli tepung dengan  "Bismillah" Allah akan berkatkan rezkinya.
Perempuan yang memerah susu binatang dengan "Bismillah"akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

No comments:

Post a Comment